KECOH!! Ini Punca Sebenar Mengapa Gadis Cemerlang SPM 18A Ini Ditahan ‘Cium’ Pipi Sultan Johor.

Jom Share...

 

AYER HITAM – Kerana terlalu teruja bertemu secara bersemuka dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang wanita direman polis kerana memeluk bahu dan mencium pipi kanan Sultan Ibrahim.

Kejadian yang berlaku awal pagi hari ini ketika siri jelajah Kembara Mahkota Johor, wanita tersebut dilaporkan membuat bising dan mewujudkan suasana tegang dengan menjeri-jerit ketika majlis berlangsung.

Hasil siasatan pihak polis mendapati, wanita tersebut, Nadia Amirah Jamil, 28, berkelakuan demikian kerana mengalami gangguan emosi sejak tahun 2007 kerana gagal mendapat keputusan 19A dalam peperiksaan SPM.

Beliau yang pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darul Syiffa Johor pada penghujung tahun 2011, dilaporkan berkemungkinan mengalami gangguan sihir.

Perkara itu dilaporkan oleh Ustaz yang membuat rawatan terhadapnya.

Pihak polis yang mendapatkan maklumat daripada keluarga Nadia melalui rakaman percakapan, diberitahu bahawa wanita itu mempunyai masalah gangguan emosi dan pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tunku Abdul Rahman. -MalaysiaGazette

Sumber http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/09/13/wanita-ditahan-kerana-cium-pipi-sultan-johor/

Loading...