(VIRAL) Tunang Lari Ikut Kekasih Lama, Lelaki Nekad Cari Bakal Isteri Untuk Majlis Kahwin Bulan Depan!

Jom Share...

(VIRAL) Tunang Lari Ikut Kekasih Lama, Lelaki Nekad Cari Bakal Isteri Untuk Majlis Kahwin Bulan Depan!

Beberapa jam lalu, laman Viral D Viral telah menerbitkan satu entri yang menunjukkan seorang lelaki mencari bakal pengantin selepas ditinggalkan bekas tunangnya. Lelaki berkenaan, Adib yang berusia 30 tahun menceritakan bahawa tunangnya bertindak memutuskan tali pertunangan selepas berhasrat untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya terdahulu.

Memandangkan persiapan majlis perkahwinan sudah hampir siap 80%, Adib meminta mana-mana wanita yang mahu menamatkan zaman bujang untuk berkahwin dengannya pada bulan hadapan. Bukan itu sahaja, Adib juga menjanjikan untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM15,000 berserta pakej bulan madu ke Korea.

(VIRAL) Tunang Lari Ikut Kekasih Lama, Lelaki Nekad Cari Bakal Isteri Untuk Majlis Kahwin Bulan Depan!

Pemuda yang berasal daripada Negeri Sembilan itu turut melampirkan gambarnya untuk dilihat oleh wanita yang serius ingin melangkah ke alam perkahwinan bersama dirinya.

(VIRAL) Tunang Lari Ikut Kekasih Lama, Lelaki Nekad Cari Bakal Isteri Untuk Majlis Kahwin Bulan Depan!Sumber Viral D Viral

Difahamkan Adib akan menghubungi perempuan yang berjaya menarik perhatiannya untuk berbincang isu berkenaan dengan lebih terperinci.

Sejak dimuat naik pada satu jam yang lalu, entri berkenaan berjaya mendapat lebih 1.7K likes, 1.4K komen dan 267 perkongsian daripada netizen.

(VIRAL) Tunang Lari Ikut Kekasih Lama, Lelaki Nekad Cari Bakal Isteri Untuk Majlis Kahwin Bulan Depan!

Individu yang berminat bolehlah meletakkan nama di ruangan komen post iniĀ (sila klik) FB Viral D Viral

Loading...