Sultan Kedah Mangkat Telah Buat Maharaja Jepun MENANGIS. Puncanya Buat Ramai SAYU

Jom Share...

Rakyat sedih bila dengar berita kemangkatan Sultan Kedah yg juga merangkap bekas Agong Malaysia sebanyak 2x beberapa hari yg lepas. Berita ini turut membuatkan Maharaja Jepun menangis. Tak sangka ini puncanya. Baca dan kongsikan. Al Fatihah.

Sultan Kedah Mangkat Telah Buat Maharaja Jepun MENANGIS. Puncanya Buat Ramai SAYU
Sultan Kedah Mangkat Telah Buat Maharaja Jepun MENANGIS. Puncanya Buat Ramai SAYU | Khalifah Mail Online – Rakyat sedih apabila mendengar berita kemangkatan Sultan Kedah yang juga merangkap bekas Agong Malaysia sebanyak 2 kali pada beberapa hari yang lepas. Berita ini turut membuatkan Maharaja Jepun menangis. Tak sangka ini puncanya. Ikuti penulisan dari FB Ali Imran (LINK).
HUBUNGAN AKRAB ALMARHUM DENGAN MAHARAJA JEPUN
Mungkin ramai yang akan mengingati Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah kerana baginda dua kali diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Aku pula, lebih mengenang baginda atas sumbangan baginda kepada negara di peringkat hubungan antarabangsa.
Pasti ramai yang tidak tahu, Almarhum mempunyai hubungan yang amat rapat dengan institusi Mahraja Jepun.
PERSAHABATAN BERMULA SEJAK TAHUN 1970
Ya, hubungan baginda dengan Maharaja Akihito telah terbina sejak 1970 sewaktu baginda memegang jawatan sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.
Pada waktu itu, Maharaja Akihito masih memegang jawatan Putera Mahkota (Crown Prince).
Persahabatan dua orang pemuda, masing-masing memegang portfolio penting dalam negara masing-masing tidak pernah putus sejak itu.
Bahkan hubungan mereka menjadi semakin akrab dengan beberapa siri pertemuan yang lain.


Pada 1991 Maharaja Akihito kembali ke Malaysia dalam rangka lawatan rasmi, kali ini bersama Permaisuri Michiko. Dua sahabat ini sempat bertemu.
Begitu juga pada 2006, persahabatan yang dibina sejak puluhan tahun terus dieratkan bila baginda dan Maharaja Akahito dan Permaisuri Michiko sekali lagi bertemu waktu melawat Malaysia.
Pada 2012, mereka bertemu lagi di London sewaktu masing-masing memenuhi undangan ke sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth.
Paling menarik, sebaik sahaja Almarhum Tuanku Abdul Halim menaiki takhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong untuk kali kedua, Maharaja Akihito tanpa berlengah menghantar undangan DiRaja kepada Alamarhum Tuanku.

Sepertinya Maharaja sudah rindu bangat kepada sahabatnya ini!
Masakan seorang sahabat akan menolak jemputan sahabatnya.
Lalu pada Oktober 2012, baginda dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkunjung ke Jepun.
TAK SEMUA DIBERI KEISTIMEWAAN SEPERTI “INI” DI JEPUN
Di sana, baginda berdua diberikan sambutan penuh istiadat dan diraikan dengan majlis santapan diraja di Kamar Bambu (Take-no-Ma) di Istana Maharaja.
Lawatan ini turut dianggap sebagai antara titik penting menandakan hubungan erat antara Malaysia dengan negara matahari terbit itu.
Tambah manis, kedua-dua pemimpin ini direkodkan oleh akhbar ‘The Guardian’ dalam senarai 10 pemerintah monarki paling lama bertakhta di dunia pada 2015.
Dengan hubungan amat rapat dengan Jepun maka tidak hairanlah Almarhum menyokong kuat ‘Dasar Pandang Ke Timur’.

Dalam satu titah baginda menekankan kepentingan golongan belia Malaysia dan Jepun saling berkenalan dan berkawan agar hubungan baik antara kedua negara dapat terus dikekalkan di masa hadapan.
Baginda turut mengingatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Jepun supaya sentiasa menjaga nama baik dan imej Malaysia dalam apa jua perkara yang dilakukan sepanjang berada di negara itu dan sentiasa menghormati adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan.
KEMATANGAN DAN PERSAMAAN MEREKA BERDUA
Maharaja Akihito menggemparkan dunia bila mengumumkan persaraannya sebagai Maharaja berkuatkuasa tahun hadapan.

Almarhum Tuanku Abdul Halim pula, antara perkara pertama yang dilakukan baginda sekembalinya baginda ke Kedah selepas menyelesaikan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong buat kali kedua ialah memasyhurkan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Raja Muda Kedah.
Pada aku, tindakan kedua-dua pemimpin ini menggambarkan kematangan mereka dalam memimpin. Mereka tahu, sampai masanya mereka perlu pergi.
Aku yakin, pasti tumpah air mata Maharaja Jepun sebaik mendengar berita pemergian sahabatnya ini. Datangmu membawa budi, pergimu dirindui.
VIDEO PENGHORMATAN TERAKHIR RAKYAT KEPADA ALMARHUM SULTAN KEDAH DI ALOR SETAR
Penghormatan terakhir kepada Almarhum KDYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Al-Fatihah. =(
.
LIKE n SHARE : Khalifah Media Networks

Loading...