“Pandai ngaji sebelum mak ayah tutup mata” – Nabil Ahmad

Jom Share...

 

 

Satu transformasi baru perjalanan hidup selebriti popular, Nabil Ahmad sejak dipilih menjadi tetamu Allah SWT pada 2015 dan bergelar ‘Pak Haji’.

Ini kerana kesungguhan artis berusia 34 tahun ini mempelajari al-Quran dipermudahkan menerusi pelantikannya sebagai ‘Ikon Rumah Ngaji Negeri Sembilan’.

Bersykur di atas penghargaan, pengacara Gegar Vaganza ini menyifatkan pelantikan itu sebagai permulaan untuk kembali semula mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Nabil mengakui pada awalnya keberatan menerima tawaran berkenaan namun rakan dan keluarga banyak memberi sokongan.

Klik untuk gambar besar

“Lagipun, saya sedar kerjasama ini serius dan ia bukanlah lantikan secara on off kerana ia laluan berterusan. Sebab itu jugalah cita-cita (pandai ngaji) sebelum mak dan ayah saya menutup mata,” katanya.

Dek kerana pelantikan itu, Nabil dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) bakal kerjasama menerusi program Neghori 9 #QuranHour pada 25 September ini.

Program ini adalah slot tambahan dalam penganjuran Karnival Jom Beli yang diusahakan bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pusat Zakat Negeri Sembilan dan bakal berlangsung di Dataran Asnaf, Menara Mains, Seremban, Negeri Sembilan selama tiga hari bermula 23 September ini.

Pada masa sama, katanya, Neghori 9 #QuranHour turut melancarkan kempen MyFamily #QuranHour yang lebih berfokus kepada pembentukan keluarga berasaskan al-Quran.

Nabil juga mahu anak-anaknya diberikan cukup pendidikan agama sebelum fokus kepada perkara lain dalam hidup mereka.

Sebagai selebriti yang sentiasa sibuk, Nabil memberitahu yang dia menjemput ustaz yang mengajar mengajar mereka sekeluarga mengaji bersama.

“Malangnya ia hanya mampu bertahan sebulan dua sebab jadual kerja saya yang padat. Tapi Alhamdulillah, isteri saya pun dah pandai mengaji,” ujarnya yang masih mencari seorang ustaz yang sedia mengajar mengikut kesesuaian masanya.

Atas inisiatif sendiri, bintang filem ‘Magika’ ini turut menghantar puteri sulungnya, Naera Mikayla ke sekolah berteraskan pendidikan agama.

“Sebelum ini, saya menghantarnya ke kelas Mandarin. Saya lihat, dia mampu belajar dan bertutur dengan baik. Saya rasa kalau dalam usia begini muda, saya dah terapkan dia denagn aktiviti mengaji, ia akan lagi senang dan cepat.

“Saya mahu dia pandai mengaji dan belajar al-Quran kerana ia teras hidupsebagai seorang Muslim. Saya tak mahu dia jadi macam saya dulu dek nakal saya tak habis mengaji al-Quran,” tuturnya.

www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

Loading...