Inilah punca sebenar Kenapa Mini Cooper S Milik Pelancong Asing Ini Hampir Karam Di Pantai Langkawi Baru-Baru ini !!

Jom Share...

 

Tular di media sosial beberapa keping gambar sebuah kereta jenis Mini Cooper S berwarna jingga tersadai di pesisir Pantai Tengah di Langkawi baru-baru ini.Difahamkan kenderaan itu pada asalnya tersangkut di pasir pantai apabila pemiliknya, seorang pelancong asing melalui laluan yang salah.

Bagaimanapun, menurut laporan terkini daripada Facebook Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di Langkawi, tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Pemandu kereta Mini Cooper S dari luar ini pergi ke pantai melalui jalan tepi Royal Suite Frangipani.

“Apabila mahu membuat pusingan U, kereta ini tersangkut di pasir pantai. Setelah air pasang, kereta itu sedikit demi sedikit dimasuki air tetapi mereka semua selamat,” tulis laman sosial itu.

Pada awalnya, netizen yang tidak mengetahui kejadian sebenar membuat andaian negatif tentang pemilik kenderaan itu di Facebook.

“Biasalah kalau dah bodoh tak kemana, padan muka. Elok tuan kereta sekali tenggelam, cepat sikit mampus dengan kebodohannya,” tulis Zulkarnain Osman.

“Orang kaya yang sombong lagi bodoh. Kalau orang Melayu, daripada kereta itu dijadikan besi buruk adalah lebih baik dijual dan duitnya disedekahkan pada fakir miskin di bulan puasa ini,” selar Daud Said.

“Buat tukun saja bagi ikan, mesti abang-abang beachboy pening. Macam tak ada jalan raya dah sampai lalu pantai,” tulis Chip Junior.

“Kalau takut dilambung ombak, jangan parking di tepi pantai, kalau akal dah tak boleh pakai, jangan parking main bantai,” tulis Cik Pika berpantun.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

 




 
Loading...