Gurauan terakhir Ustaz Amirul dengan isteri sebelum meninggal terbakar (8Gambar)

Jom Share...

Kuala Lumpur : Ustaz Amirul Hafiz dan Ustaz Yusof Dqi adalah 2 Ustaz yang maut bersama 22 orang lagi pelajar Tahfiz dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung subuh pagi tadi.

Apa yang paling memilukan berlaku kepada Ustaz Amirul yang berasal dari Tumpat Kelantan ini , isteri Ustaz Amirul yang bernama Fatihah telah menukar gambar Profail facebook beliau petang semalam, di foto yang telah dimuat naik itu lah Ustaz Amirul dan isteri sempat bergurau melalui komen sambil melihat gambar tersebut.

Isteri Arwah Ustaz Amirul seseolah tahu suami nya akan pergi buat selamanya apabila memuat naik gambar kahwin mereka setahun yang lalu,namun itu mungkin hanya lah kebetulan gurauan mesra mereka di facebook sangat ceria tidak disangka itu gurauan terakhir arwah dan isteri.

Dalam kejadian pagi tadi Ustaz Amirul dan Ustaz Yusof maut rentung terbakar bersama 22 pelajar tahfiz lain apabila terperangkap ditingkat atas pusat Tahfiz tersebut, apa yang berlaku mengundang pilu insan-insan yang mengenali arwah dan seluruh keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

Punca utama kemungkinan dipercayai litar pintas dan ubat nyamuk namun pihak Bomba sedang mengenal pasti punca kejadian dan akan memaklumkannya dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Mengulas lanjut, mangsa ini dikatakan gagal keluar dari bangunan itu kerana jeriji besi yang tidak boleh dibuka daripada dalam. Mangsa ini cuba keluar melalui tingkap, namun disebabkan grill yang  tidak boleh dibuka, mereka gagal keluar.

Operasi tamat pada jam 8 pagi jasad mangsa kebakaran tersebut di Hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut tidak disangka kejadian awal pagi tadi meragut nyawa Ustaz Amirul, Ustaz Yusof serta pelajar-pelajar mereka dalam keadaan yang amat tragis rentung terbakar. Alfatihah

Sumber

 

Loading...