“Pandai ngaji sebelum mak ayah tutup mata” – Nabil Ahmad

 

 

Satu transformasi baru perjalanan hidup selebriti popular, Nabil Ahmad sejak dipilih menjadi tetamu Allah SWT pada 2015 dan bergelar ‘Pak Haji’.

Ini kerana kesungguhan artis berusia 34 tahun ini mempelajari al-Quran dipermudahkan menerusi pelantikannya sebagai ‘Ikon Rumah Ngaji Negeri Sembilan’.

Bersykur di atas penghargaan, pengacara Gegar Vaganza ini menyifatkan pelantikan itu sebagai permulaan untuk kembali semula mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Nabil mengakui pada awalnya keberatan menerima tawaran berkenaan namun rakan dan keluarga banyak memberi sokongan.

Klik untuk gambar besar

“Lagipun, saya sedar kerjasama ini serius dan ia bukanlah lantikan secara on off kerana ia laluan berterusan. Sebab itu jugalah cita-cita (pandai ngaji) sebelum mak dan ayah saya menutup mata,” katanya.

Dek kerana pelantikan itu, Nabil dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) bakal kerjasama menerusi program Neghori 9 #QuranHour pada 25 September ini.

Program ini adalah slot tambahan dalam penganjuran Karnival Jom Beli yang diusahakan bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pusat Zakat Negeri Sembilan dan bakal berlangsung di Dataran Asnaf, Menara Mains, Seremban, Negeri Sembilan selama tiga hari bermula 23 September ini.

Pada masa sama, katanya, Neghori 9 #QuranHour turut melancarkan kempen MyFamily #QuranHour yang lebih berfokus kepada pembentukan keluarga berasaskan al-Quran.

Nabil juga mahu anak-anaknya diberikan cukup pendidikan agama sebelum fokus kepada perkara lain dalam hidup mereka.

Sebagai selebriti yang sentiasa sibuk, Nabil memberitahu yang dia menjemput ustaz yang mengajar mengajar mereka sekeluarga mengaji bersama.

“Malangnya ia hanya mampu bertahan sebulan dua sebab jadual kerja saya yang padat. Tapi Alhamdulillah, isteri saya pun dah pandai mengaji,” ujarnya yang masih mencari seorang ustaz yang sedia mengajar mengikut kesesuaian masanya.

Atas inisiatif sendiri, bintang filem ‘Magika’ ini turut menghantar puteri sulungnya, Naera Mikayla ke sekolah berteraskan pendidikan agama.

“Sebelum ini, saya menghantarnya ke kelas Mandarin. Saya lihat, dia mampu belajar dan bertutur dengan baik. Saya rasa kalau dalam usia begini muda, saya dah terapkan dia denagn aktiviti mengaji, ia akan lagi senang dan cepat.

“Saya mahu dia pandai mengaji dan belajar al-Quran kerana ia teras hidupsebagai seorang Muslim. Saya tak mahu dia jadi macam saya dulu dek nakal saya tak habis mengaji al-Quran,” tuturnya.

www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

‘Memang berbeza, 8 tahun dahulu, saya mengandung tanpa suami’-Nora Danish

Umum mengetahui pelakon cantik, Nora Danish kini sudah hamil tiga bulan. Pastinya peminat tidak sabar menanti orang baru dalam hidup pelakon kesayangan ramai itu.

‘Memang berbeza, 8 tahun dahulu, saya mengandung tanpa suami’-Nora Danish

Namun, menurut Nora Danish menceritakan pengalaman lapan tahun lalu dahulu ketika mengandungkan anak pertamanya, Putra Rayqal tanpa suami pastinya mengundang simpati netizen.

Untuk pengetahuan, t erdahulu Nora diceraikan bekas suami, Rizal Ashram ketika dia sedang hamil pada 17 Jun 2008.

“Memang ia berbeza, dahulu saya mengandung tanpa suami di sisi. Tetapi Alhamdulillah kini saya sangat bersyukur kerana ada suami di samping saya,” katanya kepada sebuah portal online.

Bagaimanapun, Nora kini cukup bersyukur dengan kehidupannya. Dikurniakan suami yang baik dan penyayang seperti Nedim Nazri.

‘Memang berbeza, 8 tahun dahulu, saya mengandung tanpa suami’-Nora Danish

Nora yang bakal melahirkan anak keduanya ini pada Mac tahun depan berkata tidak terlalu memikirkan jantina anak yang akan lahir nanti.

“Kami tidak kisah soal jantina, janji sihat. Tetapi terfikir juga untuk dapatkan anak perempuan pula selepas dua anak lelaki,” katanya.

Dalam pada masa sama, dia dan suami, Nedim juga berharap agar dikurniakan anak perempuan oleh kerana dia dan suami masing-masing sudah mempunyai anak lelaki, Rayqal dan Nedrin.

Selain itu, Nora yang sedang berbadan dua juga memberitahu tidak tertekan dengan masalah yang dihadapi suami mengenai kes hak penjagaan anak dengan isteri terdahulu, Nabilah Khan.

“Saya tidak tertekan soal itu memandangkan perkara itu diuruskan suami. Kalau suami tiada saya akan bersama rakan- rakan yang sentiasa menemani saya.

“Jadi fikiran saya sentiasa positif,”katanya.

Pasangan ini yang berkahwin pada 30 Mac yang lalu.Semoga pasangan sepadan dan secocok ini selamat dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan memeriahkan lagi keluarga mereka.

Sumber:-http://mediaserious.com/index.php/2017/09/23/memang-berbeza-8-tahun-dahulu-saya-mengandung-tanpa-suami-nora-danish/

Genap 28 Tahun Tragedi Pondok Pak Ya. Bekas Pelajar Kongsi kisah Ngeri Yang Kian Dilupakan!! 

Genap 28 Tahun Tragedi Pondok Pak Ya. Bekas Pelajar Kongsi kisah Ngeri Yang Kian Dilupakan!! 

Genap 28 Tahun Tragedi Pondok Pak Ya. Bekas Pelajar Kongsi kisah Ngeri Yang Kian Dilupakan!!

Mangsa selamat tragedi Ittifaqiyah kongsi kisah ngeri selapas 28 tahun|Semalam, 22 September, genap 28 tahun tragedi kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah (Pondok Pak Ya) berlaku.

Namun, bagi sesetengah orang kejadian tersebut mungkin masih berlegar-legar di minda mereka.

Siti Hajar Abu Bakar, 42, antara orang terawal yang menyaksikan kebakaran yang berlaku di Yan, Kedah itu. Kebakaran yang meragut 27 nyawa kawannya dengan sekelip mata.

“Biarpun hari ini, 22 September (semalam) genap 28 tahun kejadian itu berlalu, namun jeritan dan lambaian rakan-rakan saya meminta tolong masih segar dalam ingatan,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Mungkin masih trauma dengan kejadian itu, Hajar mengakui tragedi berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu seperti menayangkan semula memori pahit yang pernah dilaluinya dulu.

Siti Hajar menyatakan mendapat perkhabaran sedih itu dari rakannya yang kebetulan merupakan anggota bomba dan bertugas dalam misi menyelamat pusat tahfiz di ibu negara tersebut.

“Ketika itu 15 mayat sudah dijumpai. Saya cakap cukup! cukup! Jangan bagi lagi. Sesaat sahaja, air mata saya berjurai jatuh.

“Kejadian itu mengingatkan saya kepada rakan-rakan saya yang berada di Syurga sana. Walaupun 28 tahun, wajah mereka segar dalam ingatan saya,” ujar Siti Hajar.

Disebabkan terlalu sedih sehingga air matanya seakan tidak mahu berhenti, dia yang juga anggota polis terpaksa meminta izin untuk pulang kerana tidak dapat meneruskan kerja seperti biasa.

Tambahnya lagi, dia juga tidak boleh mendengar atau melihat apa-apa berita yang melibatkan tragedi itu.

“Saya akan terbayangkan rakan-rakan saya. Saya ada terlihat gambar jasad mereka (pelajar tahfiz) yang terkorban.

“Biarpun saya seorang anggota polis, tetapi saya tidak kuat untuk pergi ke tempat kejadian kebakaran, saya pasti akan teringat jeritan dan lambaian tangan rakan-rakan meminta tolong,” tambahnya.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya hampir tiga dekad lalu. Kejadian tersebut berlaku selepas pelajar-pelajar madrasah itu selesai mengadakan majlis makan malam.

“Pada malam kejadian, ketika saya berada di sebuah lagi asrama yang lain, saya ternampak cahaya yang begitu terang di Asrama E. Saya orang pertama yang nampak ada kebakaran lalu pergi ke rumah ustaz untuk mengejutkannya.

“Apabila datang semula ke Asrama E, api sudah marak. Ramai rakan yang sudah terbakar, menjerit dan meminta tolong. Ramai yang terjun dari bangunan papan itu, berlari menyelamatkan diri. Tetapi saya tahu, ramai lagi rakan berada di dalam.

“Sebaik melangkah untuk memasuki bangunan terbakar itu, ada rakan lain yang memeluk saya, menampar saya dan diminta mengucap. Ketika itu saya menangis sekuat hati, saya tidak sanggup melihat ramai rakan saya tidak sempat menyelamatkan diri,” ceritanya.

Walaupun menjangkau 28 tahun perkara itu berlaku, dia tidak pernah melupakan raut wajah rakan-rakannya itu sebaliknya sentiasa menziarahi pusara mereka yang terletak berdekatan dengan lokasi kebakaran.

Siti Hajar juga sering bermimpi tentang rakan-rakannya yang memberitahu mereka bahagia di Syurga sambil melemparkan senyuman kepadanya.

Wanita ini turut menyimpan Al-Quran pemberian salah seorang mangsa yang terkorban dan sering membawanya ke tempat kerja. Katanya Al-Quran itu sebagai kenangan terakhir dan tanda persahabatan antara mereka.

Semoga semua mangsa yang terkorban dalam tragedi Pondok Pak Ya dan Pusat Tahfiz Ittifaqiyah sentiasa dirahmati-Nya. Al-Fatihah.

 

Perserta Clever Girl Malaysia Dedahkan Perangai Sebenar Produksi, Menjadi Punca Tarik Diri. Patut Graduan Universiti Oxford ni Angkat Kaki Rupa2nya Soalan….

WAKIL Pulau Pinang dalam pertandingan Clever Girl Malaysia iaitu Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera) yang menarik diri daripada menyertai rancangan itu semalam mendedahkan mengapa dia membuat keputusan begitu.

Memilih Instagram sebagai saluran untuk mendedahkan punca penarikan dirinya daripada rancangan realiti itu, Kiera mendakwa pihak produksi Clever Girl 2017 berat sebelah ataupun ‘pilih bulu’.

 

Kata Kiera, dia berasa seperti tertipu dan diperbodohkan apabila terdapat peserta yang menerima soalan bocor daripada pihak produksi sendiri.


Menurut Kiera, dia berasa terkilan kerana seakan-seakan diperguna hanya kerana dia merupakan graduan institusi pengajian tinggi paling berprestij dunia iaitu Universiti Oxford.

Kata Kiera lagi, salah seorang peserta telah diberikan soalan dan jawapan bocor supaya dia akan terus kekal di dalam pertandingan tersebut.

Malah, ramai penonton sudah ‘perasan’ sesuatu yang aneh apabila pengacaranya, Aliff Satar, belum lagi habis menanyakan soalan namun telah menerima jawapan tepat daripada peserta tersebut!

Menurut Kiera, peserta tersebut tidak mengetahui jalan kerja soalan matematik tersebut dan tergagap-gagap sewaktu diminta melakukan jalan kerja bagi memahamkan rakan-rakan seperjuangannya.

Selain itu, Kiera turut mendakwa pihak produksi sengaja memberikan peserta itu jawapan yang betul kerana mahu penonton di rumah berasa ‘sesuatu’ apabila seorang graduan Oxford menjawab soalan dengan salah.

Kata Kiera, setiap hari dia menangis apabila memikirkan dirinya seperti dipergunakan oleh produksi untuk kelihatan ‘kurang cerdik’.

Selain itu, pemegang ijazah sarjana muda dalam jurusan Bahasa Inggeris itu juga menyifatkan tindakan segaja membocorkan jawapan itu sebagai satu taktik yang kotor dan keji.

Tak apa lah, dengan kepandaian dan kecantikan Kiera, lebih baik dia menyalurkan khidmat kepada karier dan keluarga sahaja.

Lagi pun, semua orang tahu peserta Clever Girl kebanyakannya tidak begitu ‘cerdik’, jadi dalam hal ini Kiera tidak rugi apa-apa langsung!

Sumber– MYNEWSHUB.CC

Sumber:http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/kiera-dedah-punca-keluar-clever-girl/

Viral Ibu Budak Perempuan Tampil Pertahankan Anaknya Difitnah. “Dia tak mampu ke sekolah kerana malu”. Rupa2nya Beg itu….

Kisah seorang pelajar yang didakwa menghadiahkan beg tangan berjenama mewah kepada ‘kekasihnya’ sehingga tular di media sosial baru-baru ini membuatkan netizen tergamam.

Namun gambar dengan keterangan yang ‘berbunga-bunga’ itu mendapat kecaman berikutan kedua-duanya masih di bangku sekolah.

Selain dipersoalkan kerana cinta mereka di bangku sekolah, isu sanggup menghadiahkan beg tangan jenama mewah turut dipertikaikan netizen.

 

Bagaimanapun ibu kepada pelajar perempuan tersebut tampil menjelaskan bahawa kisah yang tular di media sosial mengenai anaknya Hana adalah fitnah semata-mata.

Menerusi satu ‘posting’ pada Jumaat malam, wanita itu dengan nama Facebook ‘Intan Murni Zulkifli’ menjelaskan bahawa gambar tersebut sebenarnya diambil semasa hari ulang tahun rakan Hana bernama Afiq, dan hubungan mereka sekadar rakan baik.

 

Malah kata Intan, beg yang dipegang Hana di dalam gambar yang tular hanyalah roti keju dan kek batik yang dibuat anak perempuannya.

“Kami tahu mereka nak sambut ulang tahun Afiq. Tapi mana pulak datangnya beg ***** seperti yang digembar-gemburkan?

“Senang benar anda diperbodohkan dengan hanya sebaris ayat – kapsyen,” katanya sambil menjelaskan bahawa gambar tersebut diambil oleh pasangan kembar Hana iaitu Hani dan hari ulang tahun Afiq disambut secara beramai-ramai.

Mengakui keterangan gambar dimuat naik pada Instagram Hana, wanita tersebut tidak melihat terdapat kesalahan berhubung perkara itu.

“Hana dan Afiq kawan sekelas dari tingatan satu lagi. Berkawan baik sama seperti yang lain. Niat dia untuk beritahu belajar dulu baru fikir nak ada hubungan. Buat ibu ayah bangga dulu dengan  kejayaan dalam pelajaran.

 

“Alahai, budak nak meningkat dewasa kan. Korang pun pernah ada perasaan masa sekolah dulu kan. Samalah macam mereka. Tapi mereka sedar itu semua tak ke mana, belajar jadi keutamaan. Jadi, apa salahnya di situ?,” kata Intan dengan nada kesal.

Kecaman tersebut membuatkan Hana menjadi mangsa buli siber sehingga menyebabkan pelajar berkenaan tertekan.

“Dia takut, risau, serba salah, macam-macam dia rasa. Terima kasih kerana perlakukan emosi anak Intan sebegitu.

“Dia tak mampu ke sekolah kerana malu, tak makan seharian, berkurung dalam bilik. Dosa apakah yang Hana buat pada kalian hingga korang sanggup mencaci hina dan memfitnahnya,” tambah Intan.

Dalam pada itu, Intan turut berterima kasih kepada semua rakan Hana yang banyak membantu membersihkan nama anak perempuannya dan Afiq, termasuk guru-guru yang memberi sokongan dan memahami keadaan yang berlaku

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/23/pelajar-hadiah-beg/#mXbJhwxyVj39AJpY.99

Michael Ang Terkejut Adegan Cium Tersebar. Ini Komen Pengarah Michael -“Saya Tak Tahu Adegan Cium Fattah….”

PENGARAH Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael berkata, dia terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

“Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

“Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

“Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Rakaman adegan cium antara Janna dan Fattah yang menimbulkan kemarahan netizen.

Selain Fattah dan Janna, Coffee Prince turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Michael turut meluahkan rasa kesal kerana adegan tersebut telah di salah anggap oleh masyarakat yang menyangka dua pelakon utama tersebut sedang melakonkan babak bercium.

Jelasnya, Fattah dan Janna nampak seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam.

 

Pelakon diberi penerangan mengenai perjalanan babak sebelum penggambaran. Foto Instagram: @michaelang38

“Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

“Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

“Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Michael akan lebih berhati-hati dan mengingatkan para pelakon agar tidak memuat naik rakaman sepanjang penggambaran di laman sosial.

Secara tidak langsung memastikan babak-babak penting tidak ditonton oleh masyarakat sebelum ia ditayangkan di televisyen.

 

Fattah Amin dan Janna Nick teraju utama dalam drama Coffee Prince. Foto Instagram: @michaelang38

“Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

“Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut,” ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/23/michael-ang-video-tular/#mVCG7VtlWDqPq5gS.99

Terbaru,10 keluarga Waris Melantik Peguam Menuntut Keadilan Dari Pihak Tahfiz. Ini Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Terdiam!

Terbaru,10 keluarga waris Melantik Peguam Menuntut Keadilan Dari Pihak Tahfiz. Ini Jawapan Balas Pengetua Pusat Tahfiz Kepada Waris Membuatkan Mereka Terdiam!Kenapa baru sekarang nak Ungkit dan pertikai, Jawapan balas Pengetua pusat tahfiz kepada waris membuatkan mereka terdiam!

Kenapa baru sekarang nak Ungkit dan pertikai, Jawapan balas Pengetua pusat tahfiz kepada waris membuatkan mereka terdiam! -PENGETUA pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan yang terbakar itu.

Beliau berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh ahli keluarga ketika menghantar anak mereka masuk belajar di pusat tahfiz itu.

“Status bangunan kita tak perlu bincang sebab kita menumpang di sini. Adat orang menumpang takkan kita nak tanya ada sijil kelayakan atau tidak.

“Jadi sepatutnya pihak ibu bapa terlebih dulu kena tanya bangunan ini ada permit atau tidak sebelum bawa masuk anak tapi mereka tak pernah soal,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di depan bangunan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

Sebahagian waris mangsa mempersoalkan pihak tahfiz kerana tidak pernah kepada mereka maklumat mengenai aspek keselamatan bangunan itu seperti yang didedahkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Noh Omar, dalam reaksi pertama tidak sampai 12 jam selepas kebakaran pada 14 September lalu, berkata permohonan dikemukakan oleh pengurusan tahfiz itu kepada pihak berkuasa berbeza dengan keadaan sebenar bangunan.

“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi tembok dibina dan tidak ikut pelan asal.

“Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya.

Lebih 10 keluarga waris mangsa kebakaran pusat tahfiz itu kini melantik peguam bagi menuntut keadilan setelah merasakan pihak pengurusan tahfiz mengabaikan mereka sejak kejadian.
Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2017.
Pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmood mempersoalkan mengapa baru kini waris mangsa kebakaran membangkitkan status sijil kelayakan menduduki bangunan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2017.

Bangunan sementara tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibina di atas tanah seorang penduduk di kawasan tersebut yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bangunan tetapnya yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar sedang dalam proses ubah suai. Mereka dijadualkan berpindah bulan depan.

Namun selepas diperiksa oleh bomba, setelah kejadian kebakaran itu, beberapa ubah suai tambahan perlu dilakukan dan dijangka boleh diduduki dalam masa tiga, empat bulan lagi.

Menurut pengetua, sekolah tahfiz itu tidak pernah mengenakan yuran kepada ibu bapa pelajar.

“Tahfiz ini beroperasi hasil sumbangan orang ramai, kita tak kenakan bayaran yuran.”

Insiden kedua terbesar dalam sejarah kebakaran sekolah agama di Malaysia ini dikatakan berpunca daripada dendam.

Kebakaran itu membunuh 21 pelajar dan dua guru warden asrama. Hampir semua mangsa ditemui dalam keadaan rentung terbakar.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Wan Mohd Nor Ibrahim sebelum ini mendedahkan kebakaran pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat itu berpunca oleh api dicucuh menggunakan petrol yang disimbah pada beberapa bahagian bangunan itu.

Petrol itu disimbah pada pintu, rak penyangkut tuala, rak kasut dan dinding berdekatan pintu masuk bilik asrama di tingkat tiga bangunan sementara pusat pelajar itu.

Putrajaya kemudian mengumumkan jawatankuasa penambahbaikan sekolah tahfiz yang pada Selasa mencadangkan pindaan ke atas Akta Pendidikan 1996 bagi memasukkan bidang kuasanya mencakupi sekolah tahfiz.

Tujuh budak lelaki berumur antara 11 hingga 18 tahun ditahan reman sejak 15 September lalu. Perintah tahanan awal selama tujuh hari sepatutnya berakhir pada Jumaat tetapi disambung tujuh hari lagi sehingga 29 September ini. – 23 September, 2017.

themalaysianinsight.com

Kredit:http://puteraizman.my/kenapa-baru-sekarang-nak-ungkit-dan-pertikai-jawapan-balas-pengetua-pusat-tahfiz-kepada-waris-membuatkan-mereka-terdiam/

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor menerima kejutan apabila ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35 diraikan di Majlis Santapan Malam sempena ulang tahun ke-52 Rejimen Gerak Khas malam ini (22hb Sept).

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Dalam majlis di Persada Johor, Johor Bahru itu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah turut berkenan memotong kek istimewa ulang tahun perkahwinan mereka.

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam; YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah; YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azmi Rohani; Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mej Jen Datuk Zolkopli Hashim dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zulkiple Hj Kassim.

Acara kemuncak majlis adalah Upacara Minum Ucap Selamat oleh Tuanku Sultan selaku Kolonel Komandan Gerak Khas dan Upacara Memotong Kek Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas.

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Sultan Johor & Permaisuri terima KEJUTAN sempena ulang tahun perkahwinan mereka yg ke-35. (9 Gambar)

Majlis tahunan itu dihadiri lebih 400 pegawai serta tetamu jemputan.

Sumber: Sultan Johor Official

Tular Video Wanita Melayu Muslimah Mencuri Tumpuan Ketika Berdepan David Beckham. Tak Sangka Dia Sanggup Buat Macam Tu. Memang Terbaik!!

Berjumpa dengan legenda bola sepak Manchester United, David Beckham mungkin peluang sekali seumur hidup.

Walaupun berusia 42 tahun dan bapa kepada empat anak, suami kepada Victoria, ahli kumpulan Spice Girls itu masih tampan dan segak bergaya.

Bekas pemain Real Madrid itu sentiasa menjadi buruan paparazi dan kehadirannya di khalayak pastinya didengari jeritan ‘histeria’ peminat fanatik terutama dalam kalangan gadis.

Beckham datang ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/22/tak-jabat-tangan-beckham/~/media/ee8fd8b8da2a4ab780e19d13f138d79e.ashx?la=en


Orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalam dengan David Beckham di pusat membeli-belah Pavilion pada Jumaat.

Dalam satu majlis di pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat, Beckham dilihat bersalaman dengan beberapa individu di atas pentas.

Namun seorang wanita tempatan mencuri tumpuan apabila dia tidak berjabat tangan yang dihulurkan Beckham.

Bertudung hijau dan berbaju hitam lengan panjang, wanita tersebut menolaknya secara baik demi menjaga batasnya sebagai wanita Muslimah.

Berdasarkan reaksi wajah Beckham, bintang pujaan ramai berkenaan juga bersikap profesional apabila masih tersenyum sambil mengangguk tanda faham.

Tindakan wanita itu mendapat pujian netizen yang menyifatkan ia wajar dicontohi.

Seorang netizen berkata: “Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”

“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata seorang lagi netizen.

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,” kata netizen, malah dikatakan sebagai sesuai dijadikan calon isteri kerana menjaga tatatertib.

Syabas buat wanita berkenaan, walaupun tegas dengan pendiriannya, dia tetap bertuah kerana berpeluang bertemu dan bergambar dengan Beckham.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/22/tak-jabat-tangan-beckham/#6W6w4kfzbTkExo5m.99

Gadis 16 Tahun Ini Menolak Lamaran Anak Jutawan dan Langsung “Dibakar Hidup-hidup”, Namun Setelah 9 Kali Pembedahan, Kini Semua Orang Kagum Akan Kecantikannya!

Seorang gadis yang baru berusia 16 tahun ini menghadapi masalah serius dalam hubungan percintaannya. Ia dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang menyebabkan dirinya mengalami luka bakar 30% dan harus kehilangan satu telinganya!!

Jadi ceritanya, anak gadis ini menolak lamaran dari seorang Lelaki yang merupakan Jutawan Yang Kaya. karena merasa kecewa cintanya ditolak, Lelaki itu membalas dendam dengan menghancurkan kecantikan dari gadis ini.

Wajah adalah aset paling besar bagi seorang wanita, juga merupakan bagian tubuh yang paling diperhatikan oleh setiap wanita. ini adalah gadis bernama Zhou Yan, dia baru berusia 16 tahun. Siapa sangka hanya karena menolak lamaran, ia harus kehilangan seluruh kecantikannya karena dibakar. Namun setelah mendapat dukungan dari banyak orang, Zhou akhirnya Tabah Hadapi Hudupnya.

Kalau kamu melihat fotonya, pasti terlihat luka bakar yang dialaminya. Gadis yang semula sangat cantik ini harus kehilangan kecantikannya, satu telinganya, bahkan kehilangan hampir seluruh hidupnya. Dia harus mengalami depresi dan kesakitan.

Setelah kejadian ini, Zhou sangat menderita dan sangat sedih, dia bahkan tidak berani keluar rumah dan bertemu dengan orang lain, tidak berani bercermin dan terus mengurung diri di dalam kamar. Dia tidak mau makan, seluruh hidupnya hancur dan dirinya sangat terpuruk saat itu.

Setelah kejadian Zhou ini tersebar, hal ini langsung menarik perhatian masyarakat. Setelah dihakimi, Lelaki yang melakukan hal keji ini terhadap Zhou dihukum selama 12 tahun dan harus memberikan ganti rugi sebesar 780 juta.

Namun, walaupun mendapatkan ganti rugi yang besar, itu tidak ada artinya bagi Zhou, dia kehilangan segalanya, bahkan wajahnya. Selain itu, di hatinya ada trauma yang sangat mendalam yang sulit sekali untuk disembuhkan.

Untungnya setelah didukung oleh keluarga dan orang banyak, Zhou mengumpulkan keberanian dan menggunakan Wang ganti rugi itu untuk menjalani 9 kali operasi plastik bagi seluruh luka bakarnya. sekarang, wajahnya sudah kembali cantik! Dokter sendiri mengatakan kalau ingin mengembalika wajahnya seperti sediakala, mungkin Perlu beberapa kali operasi lagi. Ini merupakan perjalanan yang panjang bagi Zhou.

Tapi sobat cerpen, bisa berani keluar dari kekelaman hidup seperti Zhou saja suda patut diacungi jempol ya. Walaupun dia mengalami pengalaman yang sangat menyakitkan, namun dia tetap berani menghadapinya bahkan menjalani hidupnya dengan lebih hebat lagi!

sumber : coco