Punca TMJ Satu-satunya Orang Di Dunia Yang Boleh Terbang Ke Korea Utara Bila-Bila Masa Didedahkan

Pada 19 September, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (atau lebih mesra kita panggil sebagai TMJ) menerima kunjungan Kim Yu Song, iaitu Charge D’Affairs Korea Utara untuk membincangkan hubungan dua halaantara Malaysia dan Korea Utara, sambil mengeteh secawan dua kat Istana Bukit Serene.

Beberapa hari lepas tu, keluar berita ni kat agensi berita antarabangsa, Reuters

Petikan dari Reuters

Pergh, layanan ekslusif tu. TMJ sorang je yang dapat pas VIP ni? Dan apa kaitannya dengan bola?

TMJ adalah orang PERTAMA di dunia yang dapat akses peribadi ke ruang udara Pyongyang

(Selain daripada… orang Korea Utara la)

Kat laman Facebook TMJ, ada mengatakan yang selepas perjumpaan tu, “DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.” Tapi apa yang paling mengejutkan adalah:

“DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Tuanku .  – FB Johor Southern Tigers

Sekarang ni kalau nak pergi ke Korea Utara kena mendarat kat Lapangan Antarabangsa Pyongyang, yang hanya menerima penerbangan daripada tiga bandar China (Beijing, Shanghai, dan Shenyang) dan juga satu bandar Russia (Vladivostok).

Bagi yang mabuk kapal terbang boleh naik feri daripada Russia ataupun naik keretapi daripada Beijing. At least korang (mungkin) ada roaming sebelum sampai ke Korea Utara.

Keistimewaaan TMJ, seperti yang dikatakan tadi, baginda adalah satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara melalui ruang udara asing. Selain daripada pegawai-pegawai Cina di Beijing sebab ada laluan terus, pemimpin macam Trump dan Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.

Kenapa TMJ dapat layanan VVIP ni, lagi ekslusif daripada Trump dan Putin?

Pasukan Malaysia sepatutnya main bola dengan Korea Utara, tapi asyik tertangguh…

Sepatutnya Malaysia dan Korea Utara telah dijadualkan untuk mengadakan perlawanan pada 29 Mac untuk AGC Asian Cup 2019. Tapi sebab tiba-tiba kita ada kes Kim Jong Nam tu jadi hangat, dan perlawanan tersebut dah beberapa kali ditangguh.

Pihak-pihak dalam terlibat dalam sukan bola sepak kita sedang dalam proses membincangkan tempat yang neutral untuk perlawanan tersebut, sebab ada yang takut pemain kita kena racun atau terdedah kepada bahaya kalau kita hantar ke Korea Utara. Malah benda ni memang permah berlaku sewaktu Korea Utara melawan Australia pada tahun 1966.

TMJ, mula-mulanya memang tak berkenan pergi ke Pyongyang

“saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan. – TMJ

Dan hal keselamatan ni bukan main-main.Benda inilah yang terjadi kepada pasukan negara India sewaktu bermain di Pyongyang beberapa hari lalu. Waktu dorang nak check out hotel, staff bagitau yang kalau dorang bangun awal sebelum 6 pagi, boleh tengok peluru berpandu daripada hotel. Pergh, cakap pasal bom macam cakap pasal sarkis nak datang.

Nasib baiklah kumpulan tersebut selamat, takde sebarang perang nuklear berlaku. Tapi bila dorang sampai kat lapangan terbang, beg dorang pulak yang hilang…

“Kami tiada kasut, kit latihan atau bola untuk latihan pertama kami… Kasut yang dibeli adalah berkualiti rendah, ada yang salah saiz. Ini bukan apa yang kamu jangkakan daripada persekitaran yang professional.” – Erik Paartalu, pemain negara India dalam temuramah dengan news.com.au

Tak tau la sama ada kejadian ini disengajakan atau memang last minute beli kat kedai 5 ringgit, tapi TMJ semestinya tak nak mengambil sebarang risiko untuk pemain-pemain kita, malah dia kata mungkin kita kena bawa makanan sendiri.

“…salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj.” – TMJ,

Terima kasih TMJ sebab jaga kebajikan pasukan Malaysia!

Jadi nampaknya penghormatan istimewaini adalah melambangkan budi bicara daripada kerajaan Korea Utara dan juga memberi jaminan yang pasukan Malaysia akan selamat sewaktu di Pyongyang. Sebab kalau TMJ pun masih lagi berhati-hati, apatah lagi kita ni..

Credit cilisos

“Dulu Saya Gangster”- Kisah Abang Ali PPIM

abang ali merupakan orang kanan yusof azmi dalam menerajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM. beliau banyak curah kan tenaga bersama yusof azmi dalam membantu ekonomi dan sosial orang islam selain itu berjuang menegak kan agama islam. PPIM kini di angkat sebagai hero orang islam. Namun kali ini kita lihat pula bagaimana kisah abang ali kita ni. siapa kah beliau sebelum ini. dan apa peranan beliau dalam hal ini. banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran kita. tanpa kita lengah kan masa lagi, apa kata kita lihat video di bawah. dalam video tersebut ada mencerita kan kisah beliau.
 

jom kita saksikan Video Dibawah:

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Mansor Bin Puteh sekali lagi mengundang kontroversi dengan melabelkan filem-filem pemenang Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Datuk Yusof Haslam dan anak-anaknya sebagai sampah.

Mansor Bin Puteh, seorang pengkritik filem tempatan telah mengeluarkan kenyataan yang cukup berani dan menimbulkan kontroversi apabila dia melabelkan filem-filem tempatan terutamanya filem arahan Datuk Yusuf Haslam dan anak-anaknya sebagai karya ‘sampah’. Kritikan itu dikeluarkan menerusi akaun facebook miliknya semalam.

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar orang tua ini mengeluarkan status panas itu. Mungkin sebagai statusnya sebagai seorang pengkritik filem, dia menyampaikan pandangan peribadinya terhadap karya penggiat seni masa kini. Tetapi tidakkan ianya begitu pedas dan panas sebegini?

Jika anda ingat, sebelum ini orang tua ini pernah menimbul kemarahan para netizen kerana mengkritik ‘The Pocket Rocketman‘, Azizul Hasni Awang hanya kerana mendapat tempat ketiga acara berbasikal dalam kejohanan sukan Olimpik.

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Hari ini, Azizul Hasni Awang telah mengecapi gelaran dunia selepas menang di Hong Kong.
Siapakah Mansor Bin Puteh Ni?
Mansor Bin Puteh merupakan pengkritik filem yang berasal dari Melaka. Dia mula menjadi pengkritik filem sejak pulang dari menuntut di Columbia University, New York dalam bidang perfileman pada awak tahun 1982. Tulisan serta kritikannya terhadap filem tempatan banyak dikeluarkan dalam akhbar tempatan.

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Dia juga pernah menerbitkan filem yang bertajuk ‘Seman’ pada 1987, namun tidak pernah bersiaran di negara sendiri kerana disebabkan birokrasi daripada pihak Finas.

Dia dianggap antihero filem melayu bersama-sama seorang lagi individu filem iaitu Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai. Namun kedua-duanya terpinggir dalam industri perfileman tanah air kerana seringkali menimbulkan polemik dalam dunia seni dan hiburan

Sumber: http://kecoh.org/mansor-bin-puteh-buat-hal-lagi-hina-filem-yusof-haslam-anaknya-sebagai-sampah/

Update Kes Pukul Ibu : Shukrey Ditawar Belajar Di Tahfiz Sabah

Muhammad Shukrey Mohammad Nasir,15, yang memukul ibunya menggunakan tangan sehingga videonya tular di laman sosial Selasa lalu ditawarkan belajar di pusat tahfiz.

Ibunya, Umisarah Manaf, 36, berkata, wakil pusat tahfiz yang mempunyai cawangan di seluruh negara hadir ke rumahnya semalam bagi membincangkan perkara itu.

“Pihak tahfiz mahu kami melawat dahulu sekolah yang akan ditawarkan. Berdasarkan perbincangan, mereka cadangkan untuk Shukrey bersekolah di cawangan mereka di Sabah.

“Saya tidak kisah, malah bersyukur jika dia bersekolah di tahfiz. Ibu mana yang tidak mahu anaknya belajar agama. Bapanya juga mengalu-alukan tawaran itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Umisarah turut menjelaskan, sebelum anaknya memberontak meminta duit untuk perbelanjaan sekolah, dia terlebih dahulu meronta-ronta membetulkan zip seluar sekolahnya yang rosak.

“Ketika itu semua dalam keadaan sibuk. Ayahnya sudah keluar bekerja, saya pula mahu bersiap untuk pergi kerja, neneknya tak nampak apa-apa (separuh buta), ketika itu dia sudah tertekan kerana tiada siapa mahu melayan.

“Selepas itu dia minta duit belanja kepada saya, saya tak bagi sebab memang tinggal untuk belanja saya ulang alik dan makan di tempat kerja. Tak sangka dia marah sampai macam tu sekali. Saya jadi panik,” katanya

Menurutnya, dia tidak tahu bahawa duit simpanan Shukrey sudah kehabisan kerana Shukrey sentiasa mempunyai duit sendiri hasil menjual tin, botol dan kotak serta upah membantu penduduk setempat.

Katanya, tidak dinafikan anaknya itu seorang yang pemarah apabila tertekan dan pernah meninggi suara terhadapnya namun tindakan memukul itu adalah kali pertama.

“Shukrey berbeza sedikit berbanding adik-adiknya yang lain. Dia sedikit lemah dalam pembelajaran dan mudah tertekan jika ada sesuatu yang tidak puas hati. Tetapi di sekolah dia tiada masalah disiplin, cuma dia belajar di kelas paling hujung,” katanya yang bekerja di kilang sos di ibu negara.

Shukrey ketika ditemui berkata, dia bersetuju sekiranya ditawarkan untuk ke sekolah tahfiz dan cuba memperbaiki diri untuk mengawal emosinya selepas kejadian memukul ibunya itu.

Update Kes Pukul Ibu : Shukrey ditawar belajar di tahfiz Sabah

“Saya menyesal.. saya sudah malukan mak dan abah. Kalau saya disekolahkan di tahfiz pun, tak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dia tetap akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula 2 Oktober ini meskipun emosinya terganggu selepas diejek rakan susulan videonya memukul ibunya tular di laman sosial sejak Selasa.

Selasa lalu, video berdurasi 42 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial serta menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam selepas ditularkan kira-kira jam 6 petang.

Bapa Shukrey, Mohammad Nasir Budori, 39, membuat laporan polis apabila bimbang keselamatan keluarga selepas netizen memberi kecaman serta ugutan mahu mencederakan Shukrey.

Harian Metro kelmarin melaporkan Shukrey sudah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya serta berjanji tidak mahu mengulangi perbuatannya itu.

Terjawab Sudah, Pihak Pasar Raya Tampil Mengesahkan Bukan Najis Anjing Seperti Yang Di Viralkan. Tapi Itu Hanyalah..

PETALING JAYA: Jijik. Itu yang digambarkan netizen terhadap penemuan najis di sebalik timbunan ikan bilis yang dipercayai dijual di sebuah pasar raya di Rawang.

Gambar menjijikkan itu menjadi tular di media sosial sejak Khamis selepas dimuatnaik seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nanmanjoi Hamzah.

“Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu,” tulisnya.

Penemuan najis pada ikan bilis itu mendapat kecaman di kalangan netizen dengan ada menganggap ia sebagai najis anjing.

Sementara itu, jurucakap pasar raya tersebut yang dihubungi mStar Online mengesahkan insiden tersebut berlaku pada 22 September lalu, cuma gambar tersebut menjadi tular baru-baru ini.

Malah, dia turut menafikan najis tersebut adalah najis anjing seperti yang didakwa netizen.

Sebaliknya, dia berkata ia adalah najis kucing liar yang berjaya menyelinap masuk ke dalam pasar raya tersebut.

“Ia najis kucing bukan najis anjing seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Saya mewakili pihak pasar raya ini ingin memohon maaf kepada semua pelanggan di atas insiden itu,” katanya.

Jurucakap itu berkata, ikan bilis yang dicemari najis itu sudah pun dibuang dan ruang menempatkan ikan bilis berkenaan turut dibersihkan.

“Kami terima aduan pelanggan pada pagi 22 September lalu. Sejurus dapat aduan itu kami terus buang (ikan bilis) dan bersihkan lokasi yang dicemari najis itu,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pihak pasar raya terbabit turut giat menjalankan operasi menangkap kucing liar yang menyelinap masuk ke dalam pasar raya tersebut agar insiden serupa tidak berulang kembali.

“Kami kini lebih berhati-hati. Beberapa langkah diambil seperti memastikan semua pintu atau tingkap di tutup rapat dan membuat perangkap bagi memastikan kucing liar tidak masuk ke dalam pasar raya ini,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/29/bukan-najis-anjing/#QOmqWEGRPgPwgeTE.99

‘Mak kena tikam!’ – Surirumah Mati Dibunuh Penyamun

Seorang surirumah ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada, dipercayai dibunuh di rumahnya, hari ini, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, mangsa, Norhasilah Ismail, 34, dikatakan baru pulang dari menghantar dua anaknya ke sekolah sebelum menyedari rumah mereka dipecah masuk seorang lelaki dipercayai ingin menyamun.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian itu berlaku, anak lelaki mangsa berusia empat tahun dikurung oleh suspek di dalam bilik.

“Berlaku pergelutan di antara mangsa dengan suspek menyebabkan mangsa ditikam di perut sebelah kanan dan dada sebelah kiri menggunakan senjata tajam.

“Mangsa ditemui oleh suaminya yang baru pulang dari kerja pada jam 12.30 tengah hari di ruang tamu rumah mereka. Siasatan masih dilakukan mengenai motif kejadian dan kami tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan samun.

“Kerugian dan barang yang hilang masih lagi disiasat polis bersama pasukan forensik dan unit anjing pengesan K9,” katanya.

Anak lelaki mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian, suspek dilaporkan memakai topeng.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah mangsa bagi memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, anak mangsa, Mohd Aqil Nasrul, 4, menjerit “Mak kena tikam, mak kena tikam,” kepada abangnya, Mohd Abid, 8, mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka.

Menurut Mohd Abid, anak kedua dari tiga beradik itu memberitahu ketika kejadian itu, dia baru pulang dari sekolah bersama bapanya, ternampak adiknya dari tepi tingkap bilik menjerit memaklumkan kejadian sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah.

“Saya tengok adik pucat, minta tolong. Dia menjerit beritahu mak ditikam,” katanya.

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, Mohd Abid membuka pintu bilik di mana tempat adiknya dikurung dan terkejut apabila mendapati apa yang diberitahu adiknya itu adalah benar sebelum memaklumkan kepada bapa mereka, Nasrul Mansor, 32.

The Reporter

2 Anjing Di dalam Perahu hanyut di Sebatang Sungai, Menyalak Meminta Tolang, Tiba-tiba ‘Makhluk’ yang Tak Terduga Ini Menghampiri Mereka. Apa yang Berlaku Selepas itu Amat Tidak Disangka-sangka!!


Erabaru.net. Pasti Anda tak pernah melihat sebuah perahu mengambang di sungai yang membawa anjing merengek dan menangis karena putus asa ingin meminta bantuan!

Mereka tampak sangat gelisah karen air yang mengalir sehingga mereka tidak berani melompat keluar untuk berenang kembali ke tepi sungai.

Kedua anjing di atas perahu dayung itu terperangkap dan berusaha melepaskan diri. Ketakutan mereka terlihat jelas oleh orang yang berkumpul di tepi sungai saat melihat mereka.

(Foto : YouTube Screenshot | Rumble Viral)

Saat mereka memikirkan bagaimana menyelamatkan anjing-anjing yang mendapat masalah itu, hal yang paling tak terduga terjadi!

Tiba-tiba percikan air membuat semua orang ternganga kaget!

Anjing Robbie yang baik hati dan tak kenal takut menunjukkan aksinya saat melakukan penyelamatan dengan sukses! .

(Foto : YouTube Screenshot | Rumble Viral)
(Foto : YouTube Screenshot | Rumble Viral)

Dia berenang ke arah perahu.

(Foto : YouTube Screenshot | Rumble Viral)

Setibanya anjing Robbie di dekat perahu ini, mereka langsung bekerja sama dengan baik.

Salah satu anjing, bernama Rusty, memindahkan tali biru yang digunakan untuk menarik perahu ke tepi sungai.

Penyelamat mereka menangkap tali itu dengan giginya dan menarik perahu ke tempat yang aman.(intan/yant)

Sumber: ntd.tv

Heboh! Sungguh Tak Sangka Foto Lelaki Kacak Ini Ada Dalam Dompet Emma Maembong . Terjawab Dah Semuanya !


Baru-baru ini sebuah rancangan hiburan swasta telah menemu bual Fatimah Rohani Ismailatau lebih dikenali sebagai Emma Maembong diatas kejayaannya melancarkan jenama tudungnya sendiri.

Selain itu, Emma turut ditanya mengenai perkembangan terkini hubungan beliau dan Kamal Adli yang kini sudah diketahui umum. Menurut Emma, beliau tidak terfikir lagi mengenai jodoh dan perkahwinan kerana sedang sibuk memfokuskan perniagaan yang baru diceburinya.

Namun beliau tidak menolak, mereka kini berkawan rapat dam lebih selesa begitu. Semalam, tinjauan Hangat mendapati, terdapat dua keping gambar passport Kamal Adli di dalam beg duit yang dipercayai kepunyaan Emma.

Ini dibuktikan melalui gambar yang dimuat naik oleh seorang ejen insurans yang memberitahu Emma telah memiliki kad perubatan syarikat mereka yang tertera nama penuh beliau pada kad tersebut.

So sweet! Tambah Emma juga beliau berkemungkinan tidak akan bertunang malah mengambil jalan terbaik dengan terus melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan.

Semoga hubungan Emma dan Kamal akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya!

Sumber:hangat.com

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

Selama ada Allah dihatimu, maka kamu takkan pernah menderita. Kerana bahagia itu adalah pilihan, maka cintailah kerana Allah…

Kisah perkahwinan anakanda Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid dengan ahli perniagaan, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff pada penghujung Ramadan lalu bukanlah rahsia. Termasuklah statusnya sebagai isteri kedua.

Kesempatan bertemu dua wanita kenamaan ini sempena penggambarancover Nona Oktober 2017 lalu, benar-benar menyingkap dimensi poligami yang baru. Retoriknya, tiada lagi istilah ‘tarik rambut’ atau adegan serang-menyerang seperti dalam filem P. Ramlee, Madu 3.

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

Mesra bersahabat karib, hubungan mereka selayaknya digelar bagaikan kakak dan adik. Anak-anak membahasakan Dato’ Nurul sebagai Thethe, manakala madunya sebagai Mak.

Kerana Allah

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

Pertama kali penulis bertemu Datin Bahazanariah Baharudin, 47, atau Datin Nana di kediaman Dato’ Nurulhidayah, terserlah sifat kelembutan dan naluri keibuan yang dimilikinya.

Teringat ketika berus makeup artistKelrina menari-nari di pipinya, Datin Nana pantas memberitahu kali terakhir beliau bersolek tebal adalah ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakannya.

Datin Nana merupakan isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff serta ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Muhammad Akmal, 21, Nur Amalia, 20, dan Muhammad Arif, 17. Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 April 1995 atau kira-kira 22 tahun lalu.

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

Wanita dari Ipoh, Perak ini pernah bergelar Pegawai Bank selama 18 tahun sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2011.

Kini sebagai suri rumah sepenuh masa, Datin Nana bukan saja memberi tumpuan pada keluarga, malah tekun mengisi masa lapangnya dengan mengikuti kelas tajwid di masjid.

Sementara itu, Datuk Saiful Nizam pula adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang berasal dari Pahang. Beliau merupakan graduan dari Universiti Sains Malaysia dan pernah bekerja dengan nama-nama besar seperti Tan Sri Mustapha Kamal dan Tan Sri Bustari Yusuf.

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

“Semenjak bermadu, saya temui ketenangan yang tak pernah dirasai sebelum ini. Bila tiba giliran madu, saya gunakan waktu terluang itu untuk berbakti pada Mak. Selalunya kami akan keluar bersarapan atau makan malam bersama.”

Dalam nada gementar, penulis berhati-hati mengutarakan satu soalan yang mungkin turut menjadi persoalan ramai wanita… Apa perasaannya ketika suami minta izin untuk berkahwin lagi?

Soalan penulis disambut ketawa kecil. “Sejujurnya saya tak kisah. Saya izinkan kerana kenal suami saya jenis hormat wanita. Kami kenal pun sejak sama-sama berumur 15 tahun dan saya yakin dia tak akan sia-siakan sesiapa pun.

Cuma bila suami beritahu pilihannya adalah Dato’ Nurulhidayah, anak TPM, itu yang paling mengejutkan saya. Saya ingatkan orang biasa!” katanya sambil tertawa.

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

Bermula daripada hasrat itu, Datin Nana mohon diaturkan pertemuan untuk berjumpa sendiri dengan bakal madunya.

“Masa berjumpa itulah saya kenal Dato’ Nurul buat kali pertama. Alhamdulilah saya tengok walaupun dia berkedudukan, tapi orangnya peramah dan biasa saja. Terus saya ajukan padanya, boleh ke kita nak berkongsi?”

Susulan pertemuan itu, Datin Nana dengan rendah hati memberikan lampu hijau untuk sang suami, Datuk Saiful Nizam menikahi Dato’ Nurul. Lebih indah, Datin Nana sendiri turut hadir ke upacara akad nikah mereka di Masjidil Haram, Mekah, pertengahan Jun lalu.

Kehidupan Selepas Poligami, Kisah Datin Nana Sebagai ISTERI PERTAMA Ini Memang Istimewa. Mulia Sungguh Hatinya!

Pesanan Datin Nana untuk Dato’ Nurul ini memang sweet sangat. Terkesan nada kasihnya sebagai seorang kakak yang baik terhadap adik tersayang.

“Akak harap perkahwinan ni akan jadi yang terakhir buat Nurul. Jangan gaduh-gaduh.”

Tip Bermadu Datin Nana

Buat persiapan yang cukup dari segi emosi dan mental.
Jangan bermusuhan sesama isteri.
Jangan mengada-ngada bila tiba giliran madu. Hormat masa mereka.
Jangan percaya pada suami bila dia mula menipu. Sekali menipu, dia tak akan teragak-agak untuk mengulanginya.

Cara Menerima Ketentuan Takdir

Bila timbul perasaan cemburu atau marah, cepat-cepat ambil wuduk dan solat 2 rakaat.
Terima hakikat bahawa Tuhan telah menulis takdir di Loh Mahfuz. Kalau sudah ditakdirkan bermadu, jangan melawan ketentuan-Nya.
Orang yang paling baik untuk meluahkan perasaan adalah ibu bapa kita sendiri. Norzalina Mohd Alias

Foto: Instagram @nurulzahid

Kredit: http://pipibolat.com/kehidupan-selepas-poligami-kisah-datin-nana/

4 beranak maut dihempap treler termasuk bayi 10 hari .. diperjalanan hantar isteri berpantang (12Gambar)

Gua Musang : Perjalanan sekeluarga pulang ke kampung di Pasir Mas untuk menghantar isteri  pantang bersalin bertukar tragedi apabila kereta mereka terbabas masuk kelaluan bertentangan lalu dirempuh treler muatan beras.

Dalam kemalangan tersebut kereta yang dinaiki 4 sekeluarga itu diseret dan dihempap treler terbabit ke empat-empat mereka dipercayai maut termasuk bayi mereka berusia 10 hari mengikut rekod perubatan bayi terbabit yang dijumpai ditempat kemalangan.

Mengikut saksi di belakang kereta mangsa, pemandu kereta yang maut dikenali dengan nama Zainuddin Anuar yang mana kereta dipandu nya hilang kawalan mungkin mengatuk lalu masuk kelaluan treler terbabit.

 

Akhbar melaporkan empat sekeluarga maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 pagi ini membabitkan sebuah treler bermuatan beras dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira.

“Ketika ini kerja dan operasi masih giat dijalankan oleh pihak polis dan anggota bomba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.24 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggotanya telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Semoga roh empat beranak ini dicucuri rahmat mereka pergi di pagi jumaat yang mulia sungguh tragis cara permergian mereka namun Allah lebih sayang kan mereka. Al fatihah