Ajaib!!! Anak Kecil Ini Bangkit dari Kematiannya Hanya Untuk Minta Air Minum

Jom Share...

Ajaib!!! Anak Kecil Ini Bangkit dari Kematiannya Hanya Untuk Minta Air Minum

Ayah…ayah aku dahaga, tolong ambilkan aku air minum ayah, kata kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Kevin Santos yang bangkit dari kematiannya hanya untuk meminta air minum. Dan yang terjadi selanjutnya sangat tragis, Kelvin kembali berbaring di peti mayatnya dan tertidur untuk selama-lamanya.

Kejadian ajaib tapi nyata ini terjadi pada sebuah keluarga di Brazil. Kevin kanak-kanak yang sempat bangkit sekejap itu awalnya mendapatkan perawatan di Hospital Balem, Brazil Utara kerana dirinya menderita penyakit Pneumonia. Namun rupanya ia tak dapat bertahan hidup, hingga Doktor mengesahkan Kelvin meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi pada Jumaat malam pukul 6.20 petang. Kemudian jenazahnya dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa pulang oleh keluarganya.

Foto Kevin Santos Semasa Hidup

Ajaib!!! Anak Kecil Ini Bangkit dari Kematiannya Hanya Untuk Minta Air Minum

Seperti acara pengebumian pada keluarga beragama Kristian di Brazil, jasad memang tidak terus dikebumikan. Rancangannya Kevin akan dikuburkan pada siang hari di keesokan harinya. Sepanjang malam sampai petang itulah, Ayah dan Ibu Kevin meratap menangisi pemergian anak mereka yang diletakkan di keranda. Dan tepat 1 jam sebelum jadual pengebumian dijalankan, Sang Ayah masih menangis  dan memanggil-mangil puteranya yang terbujur kaku.

Tiba-tiba kanak-kanak Ini Bangkit dari Kematiannya, dalam posisi duduk di kerandanya, Kevin berkata,’Ayah aku dahaga, tolong ambilkan aku air minum ayah. Tak hanya ayahnya yang terkejut, para tetamu undangan pun sampai ada yang lari ketakutan melihat  mayat hidup di depan mata mereka.

Setelah sang ayah memberikan segelas air minum untuk Kevin, anehnya ia kembali tidak sadarkan diri. Tubuhnya lemas di pelukan sang ayah. Kali ini tak ada lagi keajaiban yang kedua kali, mereka sudah berulang kali mencuba untuk membangunkan Kevin, namun seperti tak ada tanda-tanda yang ia bernyawa, Kevin telah benar-benar mati.

kerana masih kebingungan, keluarganya pun membawa jasad Kevin ke Hospital Aberlardo Santos di Balem tempat Kevin pertama kali disahkan meninggal dunia. Lagi-lagi Doktor menjelaskan kalau diagnosisnya tidak mungkin salah yang Kevin benar-benar sudah meninggal dunia.

Di Keranda Inilah Kevin Bangun dari Kematiannya dan Meminta Air Minum Dari Ayahnya

Ajaib!!! Anak Kecil Ini Bangkit dari Kematiannya Hanya Untuk Minta Air Minum

Setelah tiada apa yang dapat di lakukan, pihak keluarga pun kembali ke tempat pengebumian, mereka memberi waktu 2 jam lagi, berharap kembali terjadi lagi keajaiban kanak-kanak itu boleh sedar dari kematiannya. Namun tak ada harapan, hingga akhirnya Kevin pun dikebumikan.

Setelah Ayah Kevin, keluarga serta saudara-mara berbincang tentang fenomena aneh yang terjadi pada Kevin, mereka meyakini yang kanak-kanak itu menjadi mangsa dari kesalahan pihak Hospital , Antonio Santos  ayah Kevin melaporkan kejadian  ini kepada Polisi. Alasan mereka, kalau pihak Hospital dapat mendiagnosis Kevin dari awal, tentu nyawanya masih boleh diselamatkan.

Ayah Kevin bersama Keluarganya yang Menuntut Keadilan dari Pihak Hospital

Ajaib!!! Anak Kecil Ini Bangkit dari Kematiannya Hanya Untuk Minta Air Minum

Dan setelah diadakan penyiasatan oleh pihak polis, Doktor di dapati tidak bersalah  kerana memang ada bukti-bukti hasil rekod perubatan yang ditemukan dan mencatat bahawa penyebab kematian Kevin disebabkan keadaaan kritikal akibat jantung gagal berfungsi. Tetapi apa yang menyebabkan kanak-kanak ini bangun dari kematiannya? Sehingga sekarang  pun teka-teki tentang kematian Kevin Santos masih menjadi misteri yang tidak terbongkar.

Sumber : Google

Loading...