Bintang terkenal Indonesia, ‘ACHA SEPTRIASA’ dikecam netizen Lagi?????? Patutla Dikecam,Berpantang Hari Ke-5 dah………….Kita Yang Melihat Pun Terasa Ngilu!

Bintang terkenal Indonesia, ‘ACHA SEPTRIASA’ dikecam netizen Lagi?????? Patutla Dikecam,Berpantang Hari Ke-5 dah………….Kita Yang Melihat Pun Terasa Ngilu!

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Acha yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya pada 20 September lalu telah memuat naik foto bersama suami dan anak yang berada di dalam kereta bayi sedang bersiar-siar.

Acha memberitahu di dalam kapsyennya mereka hanya keluar berjalan sekitar kejiranannya di Sydney, Australia untuk membeli barang dapur.

Foto itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pengikut IG yang merasakan Acha sepatutnya berehat di rumah kerana baru sahaja melahirkan anak kurang seminggu lalu.

Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan khuatir kesihatan Acha dan anaknya terganggu sepanjang tempoh berpantang.

Bintang terkenal Indonesia, ‘ACHA SEPTRIASA’ dikecam netizen Lagi?????? Patutla Dikecam,Berpantang Hari Ke-5 dah………….Kita Yang Melihat Pun Terasa Ngilu!

“Ngilu lihat Acha berjalan, masih terasa kesan jahitannya,” kata Ayu.

“Perutnya itu masih bengkak, kalau saya tak berani nak berjalan-jalan. Sekarang memang tak terasa sakitnya tapi akan datang belum tahu lagi,” kata Dinna.

Sementara itu, ada juga yang menasihatkan supaya dia turut mementingkan kesihatan bayinya yang baru beberapa hari sahaja dilahirkan.

“Tidak elok bawa bayi keluar ketika dalam hari kerana antibodinya tidak kuat dan mudah terkena penyakit,” kata Ratika

Bagaimanapun, Acha tampil memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.

Acha menjelaskan dia terpaksa melakukan segalanya sendiri kerana tiada pembantu di sana.

“Ya…soalnya, kami tiada pembantu disini. Jadi harus membantu membeli belah bersama suami,” tulisnya.

sumber via miloopanas

Ikea China Pening Apabila Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (10 Gambar)

Siapa yang pernah ke IKEA pasti kagum dengan perabot mereka yang sangat ringkas tetapi masih memukau. Pihak IKEA juga menyediakan banyak perabot display bagi sesiapa yang mahu mencuba sebelum membuat pilihan untuk membeli.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)
Tetapi lain pula yang berlaku di China. Pelanggan IKEA di sana kini lebih cenderung untuk mencuba perabot-perabot mereka dalam masa yang sangat lama. Mereka mengambil peluang untuk ‘mencuba’ perabot display yang disediakan dengan sepenuh hati.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)

Kami tidak pasti adakah mereka terlampau menyukai perabot di gedung IKEA ataupun memang tujuan asal mereka ke situ adalah untuk tidur di sana semata-mata.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)Yang pastinya perkara ini memberikan satu masalah serius buat pihak pengurusan IKEA dan para pekerja mereka.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)

Pekerja-pekerja IKEA di China terpaksa melakukan tugasan tambahan iaitu memantau dan mengejutkan pelanggan yang tidur di perabot mereka.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)Mereka juga mendakwa selepas seorang pelanggan dihalau, akan ada orang lain yang datang dan tidur di tempat yang sama dan ianya berulang beberapa kali setiap hari.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)Anda boleh lihat betapa seriusnya masalah ini.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)

Diharapkan pelanggan IKEA di Malaysia tidaklah seteruk ini.Ratusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)Kami nasihatkan jika anda merasa terlalu letih dan penat, elok ditangguhkan saja niat untuk membeli-belah supaya anda tidak dihalau kerana tidur atas perabot display IKEA. HehRatusan ‘Pelanggannya’ Datang Tidur Melepak Ibarat Rumah Sendiri Setiap Hari. (9 Gambar)

Sumber: 101Viral

Gempar… 2 Anggota TLDM Maut Ketika Latihan Mungkinkah Ada Unsur2..

*gambar hiasan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.

Pada Jumaat, dua anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kenyataan itu berkata ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.

“Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat. Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

The star

Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!

Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!

Jika masih ingat, 10 tahun lalu pelakon remaja Cinta Laura Kiehl pernah mencuri perhatian menerusi sinetron Upik, Abu & Laura.

Malah, single You Say Aku juga menjadi siulan bukan hanya di Indonesia malah ke Malaysia dan Brunei.

Kini, gadis berdarah campuran Jerman-Indonesia itu sudah melangkah setapak ke hadapan dan aktif dalam dunia perfileman Hollywood.

Cinta, 24, sedang meniti tangga populariti setelah membintangi dua buah filem The Ninth Passenger dan After The Dark.

Bintang remaja popular Indonesia itu juga sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu Crazy for the Boys yang akan ditayangkan pada tahun depan.

Sekadar info, Cinta telah berhijrah ke New York, Amerika Syarikat sejak tujuh tahun lalu untuk tinggal bersama ibunya, Herdiana Keihl.

Cinta juga melanjutkan pelajaran di Columbia University dan bakal menyambung pengajian sarjana.

Mari lihat transformasi terkini Cinta yang dianggap persis Ariana Grande! Memang cantik.



Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!
Seperti Barbie Doll, Ini Transformasi Cinta Laura Selepas 10 Tahun!

Sumber: TribunSeleb
Foto: IG @claurakiehl

Punca TMJ Satu-satunya Orang Di Dunia Yang Boleh Terbang Ke Korea Utara Bila-Bila Masa Didedahkan

Pada 19 September, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (atau lebih mesra kita panggil sebagai TMJ) menerima kunjungan Kim Yu Song, iaitu Charge D’Affairs Korea Utara untuk membincangkan hubungan dua halaantara Malaysia dan Korea Utara, sambil mengeteh secawan dua kat Istana Bukit Serene.

Beberapa hari lepas tu, keluar berita ni kat agensi berita antarabangsa, Reuters

Petikan dari Reuters

Pergh, layanan ekslusif tu. TMJ sorang je yang dapat pas VIP ni? Dan apa kaitannya dengan bola?

TMJ adalah orang PERTAMA di dunia yang dapat akses peribadi ke ruang udara Pyongyang

(Selain daripada… orang Korea Utara la)

Kat laman Facebook TMJ, ada mengatakan yang selepas perjumpaan tu, “DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.” Tapi apa yang paling mengejutkan adalah:

“DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Tuanku .  – FB Johor Southern Tigers

Sekarang ni kalau nak pergi ke Korea Utara kena mendarat kat Lapangan Antarabangsa Pyongyang, yang hanya menerima penerbangan daripada tiga bandar China (Beijing, Shanghai, dan Shenyang) dan juga satu bandar Russia (Vladivostok).

Bagi yang mabuk kapal terbang boleh naik feri daripada Russia ataupun naik keretapi daripada Beijing. At least korang (mungkin) ada roaming sebelum sampai ke Korea Utara.

Keistimewaaan TMJ, seperti yang dikatakan tadi, baginda adalah satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara melalui ruang udara asing. Selain daripada pegawai-pegawai Cina di Beijing sebab ada laluan terus, pemimpin macam Trump dan Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.

Kenapa TMJ dapat layanan VVIP ni, lagi ekslusif daripada Trump dan Putin?

Pasukan Malaysia sepatutnya main bola dengan Korea Utara, tapi asyik tertangguh…

Sepatutnya Malaysia dan Korea Utara telah dijadualkan untuk mengadakan perlawanan pada 29 Mac untuk AGC Asian Cup 2019. Tapi sebab tiba-tiba kita ada kes Kim Jong Nam tu jadi hangat, dan perlawanan tersebut dah beberapa kali ditangguh.

Pihak-pihak dalam terlibat dalam sukan bola sepak kita sedang dalam proses membincangkan tempat yang neutral untuk perlawanan tersebut, sebab ada yang takut pemain kita kena racun atau terdedah kepada bahaya kalau kita hantar ke Korea Utara. Malah benda ni memang permah berlaku sewaktu Korea Utara melawan Australia pada tahun 1966.

TMJ, mula-mulanya memang tak berkenan pergi ke Pyongyang

“saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan. – TMJ

Dan hal keselamatan ni bukan main-main.Benda inilah yang terjadi kepada pasukan negara India sewaktu bermain di Pyongyang beberapa hari lalu. Waktu dorang nak check out hotel, staff bagitau yang kalau dorang bangun awal sebelum 6 pagi, boleh tengok peluru berpandu daripada hotel. Pergh, cakap pasal bom macam cakap pasal sarkis nak datang.

Nasib baiklah kumpulan tersebut selamat, takde sebarang perang nuklear berlaku. Tapi bila dorang sampai kat lapangan terbang, beg dorang pulak yang hilang…

“Kami tiada kasut, kit latihan atau bola untuk latihan pertama kami… Kasut yang dibeli adalah berkualiti rendah, ada yang salah saiz. Ini bukan apa yang kamu jangkakan daripada persekitaran yang professional.” – Erik Paartalu, pemain negara India dalam temuramah dengan news.com.au

Tak tau la sama ada kejadian ini disengajakan atau memang last minute beli kat kedai 5 ringgit, tapi TMJ semestinya tak nak mengambil sebarang risiko untuk pemain-pemain kita, malah dia kata mungkin kita kena bawa makanan sendiri.

“…salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj.” – TMJ,

Terima kasih TMJ sebab jaga kebajikan pasukan Malaysia!

Jadi nampaknya penghormatan istimewaini adalah melambangkan budi bicara daripada kerajaan Korea Utara dan juga memberi jaminan yang pasukan Malaysia akan selamat sewaktu di Pyongyang. Sebab kalau TMJ pun masih lagi berhati-hati, apatah lagi kita ni..

Credit cilisos

“Dulu Saya Gangster”- Kisah Abang Ali PPIM

abang ali merupakan orang kanan yusof azmi dalam menerajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM. beliau banyak curah kan tenaga bersama yusof azmi dalam membantu ekonomi dan sosial orang islam selain itu berjuang menegak kan agama islam. PPIM kini di angkat sebagai hero orang islam. Namun kali ini kita lihat pula bagaimana kisah abang ali kita ni. siapa kah beliau sebelum ini. dan apa peranan beliau dalam hal ini. banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran kita. tanpa kita lengah kan masa lagi, apa kata kita lihat video di bawah. dalam video tersebut ada mencerita kan kisah beliau.
 

jom kita saksikan Video Dibawah:

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Mansor Bin Puteh sekali lagi mengundang kontroversi dengan melabelkan filem-filem pemenang Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Datuk Yusof Haslam dan anak-anaknya sebagai sampah.

Mansor Bin Puteh, seorang pengkritik filem tempatan telah mengeluarkan kenyataan yang cukup berani dan menimbulkan kontroversi apabila dia melabelkan filem-filem tempatan terutamanya filem arahan Datuk Yusuf Haslam dan anak-anaknya sebagai karya ‘sampah’. Kritikan itu dikeluarkan menerusi akaun facebook miliknya semalam.

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar orang tua ini mengeluarkan status panas itu. Mungkin sebagai statusnya sebagai seorang pengkritik filem, dia menyampaikan pandangan peribadinya terhadap karya penggiat seni masa kini. Tetapi tidakkan ianya begitu pedas dan panas sebegini?

Jika anda ingat, sebelum ini orang tua ini pernah menimbul kemarahan para netizen kerana mengkritik ‘The Pocket Rocketman‘, Azizul Hasni Awang hanya kerana mendapat tempat ketiga acara berbasikal dalam kejohanan sukan Olimpik.

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Hari ini, Azizul Hasni Awang telah mengecapi gelaran dunia selepas menang di Hong Kong.
Siapakah Mansor Bin Puteh Ni?
Mansor Bin Puteh merupakan pengkritik filem yang berasal dari Melaka. Dia mula menjadi pengkritik filem sejak pulang dari menuntut di Columbia University, New York dalam bidang perfileman pada awak tahun 1982. Tulisan serta kritikannya terhadap filem tempatan banyak dikeluarkan dalam akhbar tempatan.

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Dia juga pernah menerbitkan filem yang bertajuk ‘Seman’ pada 1987, namun tidak pernah bersiaran di negara sendiri kerana disebabkan birokrasi daripada pihak Finas.

Dia dianggap antihero filem melayu bersama-sama seorang lagi individu filem iaitu Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai. Namun kedua-duanya terpinggir dalam industri perfileman tanah air kerana seringkali menimbulkan polemik dalam dunia seni dan hiburan

Sumber: http://kecoh.org/mansor-bin-puteh-buat-hal-lagi-hina-filem-yusof-haslam-anaknya-sebagai-sampah/

Update Kes Pukul Ibu : Shukrey Ditawar Belajar Di Tahfiz Sabah

Muhammad Shukrey Mohammad Nasir,15, yang memukul ibunya menggunakan tangan sehingga videonya tular di laman sosial Selasa lalu ditawarkan belajar di pusat tahfiz.

Ibunya, Umisarah Manaf, 36, berkata, wakil pusat tahfiz yang mempunyai cawangan di seluruh negara hadir ke rumahnya semalam bagi membincangkan perkara itu.

“Pihak tahfiz mahu kami melawat dahulu sekolah yang akan ditawarkan. Berdasarkan perbincangan, mereka cadangkan untuk Shukrey bersekolah di cawangan mereka di Sabah.

“Saya tidak kisah, malah bersyukur jika dia bersekolah di tahfiz. Ibu mana yang tidak mahu anaknya belajar agama. Bapanya juga mengalu-alukan tawaran itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Umisarah turut menjelaskan, sebelum anaknya memberontak meminta duit untuk perbelanjaan sekolah, dia terlebih dahulu meronta-ronta membetulkan zip seluar sekolahnya yang rosak.

“Ketika itu semua dalam keadaan sibuk. Ayahnya sudah keluar bekerja, saya pula mahu bersiap untuk pergi kerja, neneknya tak nampak apa-apa (separuh buta), ketika itu dia sudah tertekan kerana tiada siapa mahu melayan.

“Selepas itu dia minta duit belanja kepada saya, saya tak bagi sebab memang tinggal untuk belanja saya ulang alik dan makan di tempat kerja. Tak sangka dia marah sampai macam tu sekali. Saya jadi panik,” katanya

Menurutnya, dia tidak tahu bahawa duit simpanan Shukrey sudah kehabisan kerana Shukrey sentiasa mempunyai duit sendiri hasil menjual tin, botol dan kotak serta upah membantu penduduk setempat.

Katanya, tidak dinafikan anaknya itu seorang yang pemarah apabila tertekan dan pernah meninggi suara terhadapnya namun tindakan memukul itu adalah kali pertama.

“Shukrey berbeza sedikit berbanding adik-adiknya yang lain. Dia sedikit lemah dalam pembelajaran dan mudah tertekan jika ada sesuatu yang tidak puas hati. Tetapi di sekolah dia tiada masalah disiplin, cuma dia belajar di kelas paling hujung,” katanya yang bekerja di kilang sos di ibu negara.

Shukrey ketika ditemui berkata, dia bersetuju sekiranya ditawarkan untuk ke sekolah tahfiz dan cuba memperbaiki diri untuk mengawal emosinya selepas kejadian memukul ibunya itu.

Update Kes Pukul Ibu : Shukrey ditawar belajar di tahfiz Sabah

“Saya menyesal.. saya sudah malukan mak dan abah. Kalau saya disekolahkan di tahfiz pun, tak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dia tetap akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula 2 Oktober ini meskipun emosinya terganggu selepas diejek rakan susulan videonya memukul ibunya tular di laman sosial sejak Selasa.

Selasa lalu, video berdurasi 42 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial serta menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam selepas ditularkan kira-kira jam 6 petang.

Bapa Shukrey, Mohammad Nasir Budori, 39, membuat laporan polis apabila bimbang keselamatan keluarga selepas netizen memberi kecaman serta ugutan mahu mencederakan Shukrey.

Harian Metro kelmarin melaporkan Shukrey sudah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya serta berjanji tidak mahu mengulangi perbuatannya itu.

Terjawab Sudah, Pihak Pasar Raya Tampil Mengesahkan Bukan Najis Anjing Seperti Yang Di Viralkan. Tapi Itu Hanyalah..

PETALING JAYA: Jijik. Itu yang digambarkan netizen terhadap penemuan najis di sebalik timbunan ikan bilis yang dipercayai dijual di sebuah pasar raya di Rawang.

Gambar menjijikkan itu menjadi tular di media sosial sejak Khamis selepas dimuatnaik seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nanmanjoi Hamzah.

“Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu,” tulisnya.

Penemuan najis pada ikan bilis itu mendapat kecaman di kalangan netizen dengan ada menganggap ia sebagai najis anjing.

Sementara itu, jurucakap pasar raya tersebut yang dihubungi mStar Online mengesahkan insiden tersebut berlaku pada 22 September lalu, cuma gambar tersebut menjadi tular baru-baru ini.

Malah, dia turut menafikan najis tersebut adalah najis anjing seperti yang didakwa netizen.

Sebaliknya, dia berkata ia adalah najis kucing liar yang berjaya menyelinap masuk ke dalam pasar raya tersebut.

“Ia najis kucing bukan najis anjing seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Saya mewakili pihak pasar raya ini ingin memohon maaf kepada semua pelanggan di atas insiden itu,” katanya.

Jurucakap itu berkata, ikan bilis yang dicemari najis itu sudah pun dibuang dan ruang menempatkan ikan bilis berkenaan turut dibersihkan.

“Kami terima aduan pelanggan pada pagi 22 September lalu. Sejurus dapat aduan itu kami terus buang (ikan bilis) dan bersihkan lokasi yang dicemari najis itu,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pihak pasar raya terbabit turut giat menjalankan operasi menangkap kucing liar yang menyelinap masuk ke dalam pasar raya tersebut agar insiden serupa tidak berulang kembali.

“Kami kini lebih berhati-hati. Beberapa langkah diambil seperti memastikan semua pintu atau tingkap di tutup rapat dan membuat perangkap bagi memastikan kucing liar tidak masuk ke dalam pasar raya ini,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/29/bukan-najis-anjing/#QOmqWEGRPgPwgeTE.99

‘Mak kena tikam!’ – Surirumah Mati Dibunuh Penyamun

Seorang surirumah ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada, dipercayai dibunuh di rumahnya, hari ini, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor, mangsa, Norhasilah Ismail, 34, dikatakan baru pulang dari menghantar dua anaknya ke sekolah sebelum menyedari rumah mereka dipecah masuk seorang lelaki dipercayai ingin menyamun.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian itu berlaku, anak lelaki mangsa berusia empat tahun dikurung oleh suspek di dalam bilik.

“Berlaku pergelutan di antara mangsa dengan suspek menyebabkan mangsa ditikam di perut sebelah kanan dan dada sebelah kiri menggunakan senjata tajam.

“Mangsa ditemui oleh suaminya yang baru pulang dari kerja pada jam 12.30 tengah hari di ruang tamu rumah mereka. Siasatan masih dilakukan mengenai motif kejadian dan kami tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan samun.

“Kerugian dan barang yang hilang masih lagi disiasat polis bersama pasukan forensik dan unit anjing pengesan K9,” katanya.

Anak lelaki mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian, suspek dilaporkan memakai topeng.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah mangsa bagi memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, anak mangsa, Mohd Aqil Nasrul, 4, menjerit “Mak kena tikam, mak kena tikam,” kepada abangnya, Mohd Abid, 8, mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka.

Menurut Mohd Abid, anak kedua dari tiga beradik itu memberitahu ketika kejadian itu, dia baru pulang dari sekolah bersama bapanya, ternampak adiknya dari tepi tingkap bilik menjerit memaklumkan kejadian sebelum dia bergegas masuk ke dalam rumah.

“Saya tengok adik pucat, minta tolong. Dia menjerit beritahu mak ditikam,” katanya.

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, Mohd Abid membuka pintu bilik di mana tempat adiknya dikurung dan terkejut apabila mendapati apa yang diberitahu adiknya itu adalah benar sebelum memaklumkan kepada bapa mereka, Nasrul Mansor, 32.

The Reporter