Baju Raya!!! Jubah Melentik Ikan Duyung Kecaman Netizen

Baju Raya!!! Jubah Melentik Ikan Duyung Kecaman Netizen
Biasanya jubah dress dipakai oleh wanita yang inginkan kelihatan menggoda dan menawan menampakkan susuk badan mereka ketika memakai pakaian itu.

Menurut laporan mStar Online, gambar seorang pemuda yang kini tular di media sosial, kerana memakai jubah potongan ikan duyung warna kuning jadi buah mulut nitezen di media sosial

Jangan salah sangka kerana ia adalah jubah yang digayakan seorang pemuda ketika meraikan 1 Syawal, baru-baru ini.

Tanpa segan silu, pemakainya menggayakan busana ‘jubah’ itu di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya ‘melentik’.

Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda tersebut turut memakai satu lagi jubah potongan ikan duyung warna kuning.

Gayanya yang sekali lagi ‘melentik’ dilihat berjalan bersama dua wanita yang ayu berbaju kurung moden, sekali pandang kesemuanya seperti srikandi ‘Charlie’s Angles’.

Rekaan dan gaya pemuda tersebut mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.

Seorang pengguna Facebook ‘Noorihan Salleh’ berkata, hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita.

“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata ‘Qistina Balqis Musa’ di laman sosial.

Sementara itu, ‘Ismail Husin’ pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”

Menurut ‘Abdul Hanif Hadeni’, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan. – mStar Online,
Baju Raya!!! Jubah Melentik Ikan Duyung Kecaman Netizen
 
Baju Raya!!! Jubah Melentik Ikan Duyung Kecaman Netizen
 
Baju Raya!!! Jubah Melentik Ikan Duyung Kecaman Netizen

Hati-Hati Dengan Dua Makhluk Ini Di Highway Seremban.


Bagi pengguna jalan raya di Seremban dan Senawang, anda semua di minta agar berhati-hati dengan individu yang cuba menawarkan diri bagi membaiki kenderaan anda yang mengalami kerosakkan.

Ini kerana terdapat dua individu yang merupakan pengendali towing serta mekanik yang pada mulanya kelihatan seperti hendak membantu dengan menawarkan diri membaiki kenderaan yang rosak.

Namun disebalik kebaikan mereka itu terdapat agenda yang tersembunyi iaitu kelicikkan mereka mengenakan cas yang berganda terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Salah seorang pengguna jalan raya yang telah menjadi mangsa mereka mendedahkan bahawa mereka ini telah mengenakan cas membaiki kereta sebanyak RM3000 kepadanya sedangkan kerosakkan terbabit jika di baiki di tempat lain hanyalah RM350.

Individu terbabit dikatakan bergerak aktif di highway belah Seremban dan Senawang mencari mangsa, namun yang menjadi tanda tanya adalah tiadakah sebarang laporan mengenai mereka di adukan kepada pihak berkuasa seperti polis, JPJ mahupun

SPAD.

Nanti kalau ada individu yang berani ambil tindakan sendiri lain pula jadinya, tak pasal-pasal mangsa yang kena tipu ini pula yang masuk lokap sebab bertindak kasar.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang di penjara dua tahun hanya kerana mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol.

Ada juga segelintir nitezen yang memberikan komen menyeru kepada ahli parlimen yang ada sekarang ini supaya memperbaiki undang-undang di negara kita ini yang di anggap sudah ketinggalan zaman serta tidak masuk akal ini daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Mangsa-mangsa yang di tipu oleh dua individu ini merasakan diri mereka ditindas kerana walaupun mereka di tipu ribuan ringgit namun tidak dapat berbuat apa-apa, nak bergaduh pun nanti dia orang juga yang kena balik.

Diharap pihak berkuasa dapat mengekang perbuatan individu terbabit supaya tiada lagi mangsa yang tertipu dengan mereka berdua ini.- grup info IFT

Sumber : http://www.wartawanjalanan.com/2017/06/hati-hati-dengan-dua-makhluk-ini-di.html

PELIK PAGI RAYA MAK TIBA SUJUD KAKI KAKAK IPAR TAPI TINDAKAN ABANG SELEPAS TU LEBIH MENGEJUTKAN

PELIK PAGI RAYA MAK TIBA SUJUD KAKI KAKAK IPAR TAPI TINDAKAN ABANG SELEPAS TU LEBIH MENGEJUTKAN

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

Saya ada 3 org adik beradik,abg saya sdh kawin 7 tahun dgn org lain daerah dan anak bungsu dari 10 org adik beradik dan ada anak 2 orang,kakak ipar sy anak org kaya,kami keluarga kecil dan miskin,saya anak kedua,adik saya lelaki bakal kawin beberapa hari lagi.

Masalah timbul Raya ketiga baru2 ni,abg dgn kakak ipar saya bergaduh sbb abg sy main whtspp dengan rakan sekerja dia,lain kawasanabg sy sdh mengaku kesalahan dia dan sudah mintak maaf dgn kakak ipar saya

puas sdh saya dan mak saya merayu supaya kakak ipar saya bagi peluang dgn abg saya,mak saya siap sujud lagi di kaki kakak ipar saya,tapi kakak ipar saya tetap mau bercerai dgn abg sayatapi kesian abg saya dia tidak boleh hidup tanpa 2 org anak dia,abg saya rela mati kalau dia tidak hidup dengan kakak dan anak mereka

pertama kali dalam hidup saya lihat abg saya menangis begitu,saya kesian betul dgn abg sy,sbb 2 orang anak dia rapat dgn ayah merekaskrng kakak ipar saya mau sambung belajar phd dan bawa anak mereka sekaliSaya tau abg saya salah.

Kadang perempuan lupa,cantik luaran sahaja tidak guna kalau kita tidak hormat suami kita selayaknya suami
saya cuma ingin tahu apa yang patut saya lakukan utk bantu abg saya memandangkan adik saya bakal berkahwin beberapa hari lagiutk pengetahuan ini bukan kali pertama kakak ipar saya mintak cerai,klu mereka bergaduh hal kecil pun kakak ipar saya akan mintak cerai dan akan mengadu dgn adik beradiknya yang lain

Andai anda di tempat saya apa yang patut anda lakukan dan apakah cara utk lembutkan hati kakak ipar saya?

Kredit : KRT via kitaviral

SAINTIS TEMUI TEMBOK SETINGGI EIFFEL TOWER DLM LAUT APA DIDASARNYA MENGEJUTKAN RAMAI

SAINTIS TEMUI TEMBOK SETINGGI EIFFEL TOWER DLM LAUT APA DIDASARNYA MENGEJUTKAN RAMAI

Pulau Papua, Indonesia kaya dengan pelbagai sumber alamnya yang masih semulajadi ternyata menyimpan Misteri yang sangat menakjubkan dengan penemuan sekumpulan saintis ini.

 

Para Saintis pada mulanya menyelam di dasar laut untuk membuat kajian hidupan laut membawa kepada penemuan sebuah Tembok Lurus dalam laut di bahagian utara dari pulau besar ini. Terdapat struktur bangunan mirip beteng dengan panjang 110 Km dengan ketinggian 1860 meter serta lebar 1700 meter.

Dikenali juga dengan nama Jayapura Wall Northern, tembok raksasa yang tersembunyi di dasar laut utara Papua yang hingga kini masih menjadi misteri. Tidak ada seorangpun yang mengetahui sejarah tentangnya. maka yang menjadi pertanyaan adalah siapa yang membangunkan tembok tersebut, untuk apa tembok itu dibangunkan dan bagaimana cara membangunnya. Secara logik, pada zaman dahulu sangat susah untuk membangunkan sebuah bangunan dalam ukuran yang sangat besar.

Ada anggapan yang mengatakan bahawa tembok tersebut dibangunkan bukan oleh manusia, banyak dakwaan bahawa yang membangunkan tembok raksasa itu adalah kaum Nephylym atau dalam Islam disebut dengan Banu Amaliqoh yang hidup pada zaman nabi musa, atau raksasa yang dipercaya pernah hidup di bumi ribuan tahun lalu dan kini telah pupus. Banyak kerangka manusia raksasa ditemui dibeberapa tempat di dunia. Penemuan itu menguatkan fakta wujudnya manusia raksasa yang dikatakan legenda itu sebenarnya ada, baik pada zaman dahulu mahupun di era moden.

Pada abad ke-20, banyak penemuan tulang-belulang manusia raksasa di Rumania, namun, semua penemuan ini dirahsiakan. Hingga kini, banyak orang yang masih tidak percaya bahawa semasa peradaban prasejarah terdapat kehidupan manusia raksasa. Sebagaimana adanya orang raksasa jika dalam sains barat dibuat sebuah teori bahawa manusia berasal dari kera, jika manusia dari kera, maka raksasa pada zaman dahulu berasal dari mana? Padahal mereka sama-sama manusia, dan banyak dari fosil ini disembunyikan dan sedikit sekali informasi yang kita ketahui tentang ini.

Sebagai tambahan informasi, di dasar laut Jepun juga ditemui struktur bangunan yang dinamakan Yonagumi Monument berukuran raksasa. Tembok Raksasa Di Papua ini jika dilihat strukturnya lebih mirip dinding atau tembok kerana strukturnya yang lurus memanjang secara sempurna sepanjang 110 Km. Manakala didasarnya terdapat binaan seakan Konkrit seperti binaan tapak bangunan. Jika ini benar, jelas bangunan seperti ini tidak dibuat oleh peradaban manusia seperti contoh bangunan di abad moden ini saja seperti Menara Dubai tingginya baru mencapai 800 meter sedangkan dinding yang ditemui disebelah utara Pulau Papua mencapai tinggi 1860 meter.

Sumber : kitaviral

5 Tahun Tunggu Zuriat, Hamil Kembar 3 Selepas Ambil Anak Angkat – Founder De’Xandra

5 Tahun Tunggu Zuriat, Hamil Kembar 3 Selepas Ambil Anak Angkat - Founder De'Xandra

Mungkin juga kebetulan namun kisah sebegini selalu kita dengar. Berkongsi cerita yang sama adalah Ernayanee Nur Julaimi.

Mendirikan rumah tangga selama lima tahun dia dan suami belum juga dikurniakan cahaya mata. Penuh sabar menanti kerana perkahwinan tanpa zuriat sudah tentu mengundang pelbagai pandangan malah kata-kata yang tidak enak didengar.

Namun segalanya berubah selepas dia pulang dari tanah suci Makkah dan mengambil keputusan untuk memelihara anak angkat.

Ikuti perkongsian daripada Ernayanee yang dipetik melalui laman Facebook miliknya.

Rezeki anak tidak cepat, tapi waktu yang tepat

Kita merancang tapi ALLAH sebaik-baiknya pemberi. 2017 pembukaan baru bagiku untuk ku kongsikan kisah 3 kembarku…ISLAM, IMAN & IHSAN (nama ni sempena mengingati seorang guru yang sangat penyayang sangt rendah hati mengajarku tentang TAUHID… ESQ )

Alhamdulillah…Sebenarnya lama dah nak berkongsi berita gembira ni, ada yang dah tahu dan ada yang belum or samar-samar. Kini mereka sudah berusia 4 bulan. Gambar ini antara gambar yang terawal yang masih dapat kita lihat lagi 3 kantung berisi rezeki ALLAH padaku.

5 tahun penantian penuh kesabaran, sebelum kahwin & selepas kahwin ujian demi ujian aku lalui , kata -kata sinis sana sini ku dengarkan pada perniagaan, rumahtangga dan masalah zuriat, tapi kesabaran ku ALLAH berikan pada waktu yang tepat dan dia sebaik-baik pemberi. Walaupun lambat doaku makbul tapi diberikan waktu yang tepat dengan bilangan subhanallah, 3 sekali.

Kebanyakan doktor minta aku kuruskan badan

USAHA tidak pernah henti, 3 orang doktor aku jumpa kebanyakannya minta aku kurus, maklumlah sejak kahwin badan mula berisi sangat. Berurut usah cakp pantang orang kata sana sini bagus, set appoitment nak jumper… dukun & bomoh ( bukan sengaja tau , tak tahu sampai terjebak.. kalo teringat kembali kisah ni aku siap elak2.. cukuplah pertemuan pertama.. ) Berubat sana sini dengan ustaz-ustaz… mcm2 air dan ubat dah ku telan.. IUI pun pernah buat… sampai nak tebuk… seram dengar.. usaha tidak henti.. sehinggalah 2016 aku jejakkan kaki ke tanah suci..

Alhamdulillah, rezeki mendapatkan MIKA MALAIKA, seorang anak yang sangt luarbiasa baik, bijak, pandai ambil hati, seorang anak yang bagiku ALLAH bagi utk mengubat lukaku, sebab memang aku yang bermasalah bukan suamiku. Siap cakap dengan suami sebelum mika lahir, kalau takder rezeki awak kahwin lah dengan orang lain. Sedih nak luahkan tapi dia juga manusia biasa. Namun kesabaran dan ketabahannya bersamaku harus kupuji. Dia tak mengambil kesempatan sikitpun pada kata-kataku yg terlafaz.. Terima kasih suamiku Reduan Syah Putra.

Ambil anak angkat

Allah berikan anak yang sangat istimewa di muka bumi. Aku menyambut kelahiran Mika sendiri di bilik bersalin, aku lihat bagaimana anak ni keluar dengan darah, tangan ibunya ku pegang kuat, aku tekad menjaga mika sebaiknya. Aku tatang mika bagai minyak yang penuh. Dia anak ku, kelahirannya pada bulan 2, dan dexandra lahir pada bulan 3, rezeki ALLAH beri tidak pernah putus selepas itu.. YA ALLAH..

Setiap kali adikku -adikku kata mereka mengandung, aku tak terlepas dari bersedih, tidak lama. Tetapi air mata tetap keluar, seorang diri seharian. Pelbagai alasan ku berikan tapi mereka tahu aku bersedih. Emosi kan! Aku juga ada perasaan tau. Bagaimana aku hilangkan kesedihanku ? Seperti biasa busy kan diri dengan urusan perniagaanku. Selalu cakap seorang diri ” erna perlu tabah… cekal.. ALLAH ada “

Kini segala hikmah terbentang.. bila ALLAH nak bagi dia akan berikan. Kun fa ya kun. Akhirnya khabar ini ku terima selepas perjumpaan ku setiap minggu dengan Dr. Thokha di johor. Setiap minggu ulang alik JB-KL dan usaha dan doa akhirnya ALLAH makbulkan. Aku tahu bukan sahaja doaku malah disebabkan doa mama ayah, adik-adik, sahabat andai, dan anak-anak tahfiz & yatim yang banyak mendoakan sehingga terlorongnya rezeki ini . ALLAH… tak terucap kata-kata terima kasih kepada mereka semua.

Reaksi bila lihat dua garis merah

Aku tak dapat bayangkan ketika itu wajahku dan suamiku ketika melihat 2 line merah dia atas TEST TUBE PREGNANCY. Air mata tak terkeluar depan doktor ku ucap terima kasih. Sujud syukur selepas tu kemudian keluar

 ” awak… saya mengandung!”.

3 minggu kemudian bila doktor scan Ya ALLAH 3 kantung buatku.
 
” Awk.. 3 baby?…”

Tak terucap… walaupun dalam hati tertanya macam mana nak jaga. Gembira dalam kebingungan..

Aku bersyukur, aku lihat hikmah kenapa ALLAH tak berikan dengan cepat, tetapi waktu yang tepat.. kerana ketika ini perniagaan ku mula berkembang dan sudah diberikan sebaiknya tugasan menjaga perniagaan pada suami dan adik-adik yang lain supaya ketika ini, aku mampu fokus menjaga Mika Malaika dan 3 adiknya sekali dalam 1 masa. Bayangkan dengan ujian dan kesusahanku ketika dulu, masa awal-awal perkahwinan mungkin ketika itu aku betul-betul tidak bersedia dengan pelbagai tekanan. ALLAH… ENGKAU BAIK PADAKU.. apa lagi nikmat yang ingin ku dustakan.. Semuanya amanah buatku untuk ku jaga sebaiknya…

Insya-Allah , triplets ini akan lahir bulan 5 , 2017, doakan ya ALLAH jaga dan lindungi baby kembar ini.

Pesanan buat yang sedang menanti zuriat

Kepada yang masih berusaha mendapatkan zuriat, jangan pernah berputus asa, bahagia & redha lah dengan setiap apa yang berlaku kerana setiap sesuatu yang berlaku mungkin tidak cepat tapi ia waktu yang paling tepat buat kita.. teruskan mencari kebaikkan dan hikmah disebaliknya supaya hati sentiasa redha….Saya yakin anda juga bakal menimang cahaya mata..

Kepada yang nak ambik anak angkat, jangan ragu. Membesarkan anak angkat banyak sangat hikmah nya. Jangan pandang dia anak luar nikah atau apa sekalipun kerana mereka tidak berdosa. Mungkin anak ini lah yg akan menjaga kita sebaiknya.

Nanti aku nak sharedkan juga 3 kembar dalam visualization board yang ku buat 2 tahun lepas. Gambar 3 baby setiap pagi bangun ku lihat vission board ini.. ALLAH mengikut sangkaan hambanya.. MASYAALLAH.. ALHAMDULILLAH..

Sumber Facebook Ernayanee Nur Julaimi

‘Terima Kasih Suami Kerana Gunakan Saya Dan Bodohkan Saya Selama 3 Tahun Ini’

Harini saya nak share utk wanita diluar sana. Jadi wanita harus kuat. Jangan terus diperbodohkan. Sudah 3tahun saya berkahwin. Dikurniakan 2 orang anak. Sepanjang 3tahun itu suami curang terhadap saya. Pergunakan saya. Perbodohkan saya.

Untuk suami, terima kasih. Kau ajar aku mengenal manusia. Kau ajar aku yang mana benar yang mana dusta. Kata2 kau kahwin aku cuma satu dusta. Mulut kau penuh dosa. Begitu jugak seluruh anggota badanmu. Untuk jari yang telah kau patahkan. Untuk hati yang telah kau remukkan. Untuk harta dan duit yang telah kau curi. Untuk segala sakit yg kau berikan. Untuk segala caci dan maki. Tidak pernah dapat ku maafkan. Biar Allah SWT lebih mengetahuinya.

Untuk zaza perosak rumah tangga. Jadilah perempuan bermaruah. Waktu dulu ya suami aku tipu kau ckp die bujang. Tp skrg hakikatnya bila kau dah tau kau yang terhegeh2 cari suami aku. Kau terhegeh2 gadai maruah. Sbb sayang? Kenapa die ajak kau kahwin kau taknak? Sbb kau pun cuma minta duitkan? Aku bagi pun dia kahwin ngn kau tak pernah aku halang. Dari terus bermaksiat. Tp lepaskan aku cara baik. Sbb aku taknak bermadu wanita taraf seperti kau.

Untuk keluarga yang bersubahat. saya doakan anak perempuan kalian mendapat suami yang baik2. Tidak seperti anak lelaki kalian.

Keluarga saya menerima dia tanpa sebarang hantaran. Ikhlas berharap anak diberi sepenuh kasih sayag. Tanpa apa yg diberikan? Kecurangan. Keseorangan. Penipuan. Patah mematah.

Saya sudah letih bersuamikan penipu. Dah tak terdaya nk memperbetulkan keadaan kerana jika benar harus ada usaha dari dua pihak. Tp bila ade sayaaitan mengoda (perempuan tak tau malu) mmg kelaut la jawabnya. Lebih baik hidup sendiri dari bertemankan air mata. Bersuami tp sering sendirian.

Ketika saya kahwin suami saya tiada apa. Tapi saya bantu dia. Untuk bangkit bersama-sama. Saya bagi kenderaan memudahkan dia pergi kerja. Disaat dia memerlukan duit saya bagi. Tp hakikatnya dia buat saya seperti bank.

Dgn alasan nk duit myk duit makan. Rupa2 nya main betina. Betina pun cuma minta duit. Ya betul suami ckp pada mula kau perempuan bayaran. Skrg terbukti. Kau minta duit kau bagi badan. I am pity a bitch like you. Menagih kasih perosak rumah tangga orang.

Utk pengetahuan duit gaji suami sering habis dgn alasan bagi keluarga (keluarga suami susah). saya tak pernah marah. Tp yg membuat saya kecewa slepas apa yg saya korbankan tp yg saya dapat cuma penipuan. Layanan seperti hamba.

Doakan semoga jalan saya lebih sempurna bersama anak2. Saya taknak hidup dlm kemaksiatan suami dan perempuan tak tahu malu. saya bg suami kahwin cuma saya taknak bermadu. saya minta diceraikan secara baik. Setiap kali itu ckp dia kahwin cuma satu? 🙄 tp layan isteri seperti hamba. Saya memang dah tade hati buat suami. Cuma pertahankan utk anak2. Tp hari demi hari saya rasa tiada guna. Dia bukan ade masa utk anak2. saya lebih selesa utk hidup sendiri.

Utk wanita yang dianiaya. Jgn trus biarkan diri anda dianiaya oleh suami. Kalau sayang tiada curang. Kalau nk berubah sudah lama. 3tahun saya dianiaya. Sudah ckuplah. saya letih. saya juga mahu hidup gembira.


sumber
www.kakishare.my

5 PENJENAYAH WANITA YANG MEMILIKI RUPA PARAS MENAWAN. CANTIK MACAM BIDADARI PUN MASUK PENJARA

Meskipun mempunyai paras rupa yang jelita, wanita-wanita yang dipaparkan di bawah ini merupakan penjenyah yang berbahaya. Ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukum dan ada juga yang masih dalam perbicaraan.
1. Stephanie Beaudoin
5 PENJENAYAH WANITA YANG MEMILIKI RUPA PARAS MENAWAN. CANTIK MACAM BIDADARI PUN MASUK PENJARA

Walaupun dia baru berusia 21 Tahun, namun dia berhadapan dengan 114 pendakwaan antaranya adalah pecah masuk 42 buah rumah, curi kereta, memiliki barangan curi, serta memiliki 9 senja ta tanpa lesen. Dia telah ditangkap pada bulan Sept 2014 yang lalu dan sedang menghadapi perbicaraan ke atas kesemua kesalahan yang telah dilakukannya.
2. Casey Anthony
5 PENJENAYAH WANITA YANG MEMILIKI RUPA PARAS MENAWAN. CANTIK MACAM BIDADARI PUN MASUK PENJARACasey 22 Tahun, dituduh membunuh anak perempuannya yang baru berusia 2 tahun pada tahun 2008.

Anaknya yang bernama Caylee ditemui mati di sebuah hutan selepas 6 bulan kehilangannya dilaporkan. Polis percaya Caylee menderita sebelum kematiannya dimana mulut budak malang itu di lekat dengan pita pelekat dan disuntik dengan Chloroform.

Pada mulanya mahkamah melepaskannya kerana kekurangan bukti untuk mensabitkannya. Namun rayuan dan perbicaraan masih diteruskan dan jika disabit kesalahan Casey boleh dihukum mati.
3. Amanda Knox
5 PENJENAYAH WANITA YANG MEMILIKI RUPA PARAS MENAWAN. CANTIK MACAM BIDADARI PUN MASUK PENJARA

Amanda Knox 27 Tahun gadis cantik yang dituduh bersama-sama dengan Raffaele Sollecito membunuh Meredith Kercher pada tahun 2007. Ketika itu umur Amanda baru 20 Tahun.

Amanda seorang gadis dari USA melanjutkan pelajarannya di Universiti For Foreigners Itali pada bulan Sept 2007. Amanda dan Meredith tinggal serumah bersama-sama 2 orang gadis Itali. Pada bulan Nov 2007, mayat Meredith ditemui dengan kesan tikaman di leher.

Amanda, Raffaela dan Patrick Lumumba dituduh bersama-sama membunuh Meredith. Setelah menjalani beberapa perbicaraan dan rayuan,akhirnya Amanda Knox diapti bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Itali, dan dijatuhi hukuman penjara 28 Tahun 6 Bulan. Kisah Amanda Knox ini juga pernah difilemkan yang bertajuk The Face of an Angel.
4. Candice Rose Martinez
5 PENJENAYAH WANITA YANG MEMILIKI RUPA PARAS MENAWAN. CANTIK MACAM BIDADARI PUN MASUK PENJARA

Candice Rose Martinez atau lebih dikenali sebagai “Cell Phone Bandit” telah melakukan 4 raompakan bank di Utara Virginia, USA pada bulan Oktober dan November 2005 dan ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan belajar di Kolej Komuniti Virginia Utara.

Dia diberi gelaran “Cell Phone Bandit” oleh pihak media kerana semasa dia melakukan rompakan dia sedang bercakap telefon bimbit. Pad a13 Disember 2005, Martinez didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah di US dan dihukum enjara selama 12 Tahun dan ditambah menjalani tempoh percubaan selama 5 tahun.
5. Amy Elizabeth Fisher
5 PENJENAYAH WANITA YANG MEMILIKI RUPA PARAS MENAWAN. CANTIK MACAM BIDADARI PUN MASUK PENJARA

Amy Elizabeth Fisher 40 tahun diberikan gelaran “the Long Island Lolita” oleh pihak media kerana semasa dia berumur 17 tahun, ditelah menembak beberapa kali ke isteri kekasihnya kerana cemburu sehingga enyebabkan kecederaan parah. Amy dihukum penjara 6 tahun kerana cubaan membunuh.

TERLAWAK MEWAH ! Gambar PENUH SELURUH Rumah Baru Shuib Dan Siti Sarah ! MEWAH !

Ternyata semakin lama semakin sayang, itulah apa yang kita nampak kepada pasangan selebriti ini iaitu pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Mana tidaknya, Shuib telah menghadiahkan sebuah rumah baru kepada isteri tercintanya itu di mana membuatkan Siti Sarah begitu teruja dan terasa begitu dihargai.

Siti Sarah melalui laman Instargamnya telah memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak-anak pergi melawat rumah baru mereka berkenaan.

“Setiap kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah… Tapi pelik tahun ni ingatkan tak bagi hadiah.”

“Tapi tahun ni hadiah paling besar dia bagi RUMAH .. Syukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar .. Syukur alhamdulillah @shuibsepahtu thank you LOVE,” tulis Siti Sarah di Instagramnya.

Bertuahnya Siti Sarah sebab dapat suami yang romantik dan bertanggungjawab seperti Shuib, semoga pasangan ini hidup bahagia sampai bila-bila.

Sumber : http://www.ohkisahnya.com/2016/06/terlawak-mewah-gambar-penuh-seluruh.html

‘Memang Aku Doakan Kau Mati Waktu Bersalin Nanti !’- Inilah Doa Seorang Suami Pada Isterinya & Akhirnya Selepas Isterinya Melahirkan Anak Inilah Yang Berlaku !

'Memang Aku Doakan Kau Mati Waktu Bersalin Nanti !'- Inilah Doa Seorang Suami Pada Isterinya & Akhirnya Selepas Isterinya Melahirkan Anak Inilah Yang Berlaku !

Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tetapi saya memang kecewa dengan perangai suami saya. Saya tengah mengandung 36 minggu. Memang sepanjang mengandung ini, saya suka marah-marah, tak suka tengok rumah bersepah. Saya mengemas, dia sepahkan. Saya mengandung rapat-rapat. Yang sulung baru berusia setahun 2 bulan.
Memang saya penat menguruskan rumah. Melayan anak yang baru mendapat kaki berjalan, memanjat. Suami sepatutnya balik kerja awal. Tetapi menjadi lewat bila dia buat part time Uber.

Saya sudah pernah cakap dengan dia, tolong bertimbang rasa sikit. Saya sudah sarat sangat-sangat, dengan anak lagi, rumah lagi. Saya juga bekerja, memang saya agak cerewet bila mengandung.

Baju-baju dan barang-barang baby, saya yang beli dengan keluarga. Harapkan dia? Tak tahu bila nak beli sebab kemaruk sangat nak buat Uber itu. Padahal masa sudah suntuk dan saya boleh bersalin bila-bila masa sahaja.

Bila saya cakap, “Kalau saya terberanak awal, sakit di rumah, terjatuh, siapa nak tolong kalau awak tak ada?”

“Jiran ada, boleh minta tolong jiran,” dia jawab selamba.

“Anak isteri awak ini tanggungjawab jiran ke? Awak buat Uber, cari duit macam mana pun kalau tak jaga hati isteri, tak berkat juga duit awak,” keluh diri ini.

Tetapi seperti biasa, dia buat tak tahu. Balik rumah bila dah lewat malam. Anak pun dah tidur. Ikutkan badan, memang tak larat sebab dah sarat sangat. Tetapi saya bercakap macam tiada apa-apa.

Dan hari ini saya MC sebab kena pergi jumpa pakar untuk periksa risiko bersalin rapat. Sebab sebelum ini, anak yang sulung lahir secara bedah. Takut risiko rahim saya pecah.

“Selepas ini, tolonglah. Jangan tahu nak minta anak, buat anak sahaja. Tetapi badan saya yang menanggung. Saya yang penat, saya yang letih jaga anak seorang diri,” kata saya pada dia ketika menunggu di luar bilik doktor.

“Eh? Awak yang kena jaga hati saya sebab kalau awak derhaka, lagi susah awak nak beranak nanti,” katanya tak berlapik sudah.

“Saya czer. Habis tu, hati saya bagaimana? Ada awak nak jaga? Saya susah payah seorang diri. Semua nampak saya yang salah,” balas saya.

“Saya takut awak umur tak panjang bila bersalin anak yang kedua ini. Mana tahu ada masalah, awak tak hidup,” katanya tanpa memikirkan hati saya.

Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.

“Memang itu yang awak asyik sebut berulang kali semenjak saya mengandung anak kedua ini kan?” kata saya.

“Memang pun saya doa macam itu,” katanya.

Saya bangun dan berpindah tempat duduk tersorok. Menitik air mata kerana sudah tidak mampu lagi menahan rasa terkilan dan sedih di hati ini. Saya menangis sepuas-puasnya. Hiba sangat bila perkataan itu keluar dari mulut suami sendiri.

Merah mata, tak sangka memang itu doa dia. Dia memang mengaku dan nampak sangat dia berharap tuhan mencabut nyawa saya semasa bersalin czer nanti.

“Sudahlah, saya tunggu di luar saja. Lama sangat, kalau buat Uber dalam masa ini dah beratus ringgit boleh dapat,” kata dia lagi yang langsung tidak mahu memujuk saya.

Memang dia tidak berhati perut, membiarkan saya menangis seorang diri. Padahal saya termengah-mengah membawa perut zuriat dia. Sambil menangis, saya berdoa, memang saya derhaka dengan dia. Kadang-kadang solat tertinggal sebab saya seorang uruskan anak yang lasak sampai malam. Stress dengan kerja lagi, uruskan rumah lagi.

Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk bersalin secara normal nanti walaupun doktor kata ada risiko tinggi. Pada saya, tiada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah. Saya juga harap doa suami saya nak tengok saya mati semasa bersalin czer nanti tidak akan makbul sebab anak-anak masih perlukan saya. Doakan saya bersalin normal. Tinggal 4 minggu saja lagi, saya takut. – Kisah Rumah Tangga

JANGAN AMBIL DUIT YANG DISELIT PADA WIPER KERETA!


Akak nak cerita balik pasal duit RM1 ini. Kejadian berlaku di Palm Mall, Seremban, sekitar jam 12 tengah hari. Masa itu, di tempat parking memang tak ramai orang, adalah dalam lima buah kereta sahaja.

Ternampak duit RM1 diselitkan pada wiper kereta. Puas memikirkan kenapa ada duit diselitkan di situ sebab:

Kemungkinan taktik untuk pukau mangsa atau,
Taktik mengumpan mangsa keluar dari kereta dan rompak.

Masa akak keluar dari pintu parking Palm Mall tadi, memang akak ada ternampak orang berdiri tetapi sekelip mata saja, dia hilang dari pandangan.

Selang dua buah kereta dari kereta akak memang ada orang. Enjin keretanya hidup tetapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka sedang menunggu akak keluar dan ambil duit seringgit itu. Tetapi akak tak keluar sebab memang tak nampak. Lagipun, Danial (anak) ada dengan akak pada masa itu. Memang Allah nak melindungi kami berdua.

Bila dah keluar dari kawasan Palm Mall, barulah akak ternampak duit itu. Duit itu akak langsung tak ambil apatah lagi menyentuhnya. Akak biarkan saja di wiper. Tahu-tahu dah hilang, mungkin dah terbang dek angin.

Berhati-hati ye semua. Bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku. Penjenayah ada di mana-mana. Kelaur rumah, baca ayat Qursi. InshaAllah, Allah melindungi kita. – Norlaila | The Reporter