Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat ‘PRANK’ Sampai Mati Kim Jong-nam

Ramai TERKEJUT BERUK ! Inilah Bayaran Yg Diterima Aishah Untuk Buat 'PRANK' Sampai Mati Kim Jong-nam

CYBERJAYA: Dengan hanya diupah sebanyak RM400 bagi me­lakukan ‘prank’, salah seorang suspek utama kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aishah, 25, kini terpaksa berhadapan hukuman berat kerana terlibat dalam kes jenayah bunuh.
Dia yang ditahan bersama seorang lagi suspek wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, minggu lalu mendakwa diminta melakukan perbuatan itu oleh dua lelaki yang hanya dikenali sebagai James dan Chan untuk menjayakan sebuah rancangan berbentuk realiti.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aishah memaklumkan kepada pihaknya bahawa dia tidak menyedari bahawa rancangan berbentuk realiti itu merupakan satu plot pembunuhan terancang.

‘‘Siti Aishah mendakwa tidak tahu cecair itu racun berbahaya dan memberitahu diberikan satu botol cecair seperti minyak bayi untuk melaksanakan tugas tersebut oleh lelaki asing.

‘‘Dia turut memberitahu kami bahawa dia tidak mengenali suspek warga Vietnam yang turut terlibat dalam plot pembunuhan itu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan Siti Aishah selama setengah jam di Kompleks Balai Polis Cyberjaya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Jong-nam yang juga merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh dengan menggunakan bahan kimia agen saraf VX.

Khalid berkata, salah seorang suspek turut mengalami gejala muntah-muntah akibat kesan sampingan bahan kimia itu yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

Ditanya sama ada, Siti Aishah mengetahui kerakyatan dua lelaki tersebut, Andreano berkata, dia tidak memberitahu secara tepat, hanya menyatakan mereka kelihatan seperti orang Korea atau Jepun.

Mengulas mengenai keadaan kesihatan Siti Aishah, Andreano berkata, dia dalam keadaan baik namun perlu rawatan lanjut untuk mengetahui tahap kesihatannya yang sebenar.

‘‘Secara umum dia nampak sihat tetapi dari segi emosi dan mental, kami masih belum tahu kerana memerlukan pemeriksaan lanjut.

‘‘Dalam pertemuan ini juga, Siti Aishah meminta kami me­nyampaikan pesan kepada ke­luarganya terutama ibu dan bapanya supaya menjaga kesihatan serta tidak bimbang mengenai keadaan keselamatannya,’’ kata­nya.

Sementara itu, beliau memberitahu, dalam pertemuan itu, pihaknya turut membawa sebuah alat bagi mengesahkan cap jari Siti Aishah dengan pasport miliknya.

Katanya, maklumat yang diterima itu kemudiannya akan dihantar ke Indonesia dengan menggunakan satelit bagi proses pengesahan selanjutnya.

Sumber  http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/02/ramai-terkejut-beruk-inilah-bayaran-yg.html

(PANAS) Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Buat Netizen Tak Senang Duduk

FILLED UNDER: (PANAS) Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Buat Netizen Tak Senang Duduk
Pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah selamat menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Nama anak yang dipilih ialah Syeriv Samheizy, memang unik dan lain dari yang lain.

Apabila nama anaknya diumumkan, ada orang ramai yang mempertikaikan dan mengejek nama tersebut.

Pelakon Syatilla Melvin telah memberi resopn tentang hal ini.

Baginya, dia tidak menganggap perbuatan orang ramai di laman sosial mempertikaikan nama anak lelakinya itu sebagai perkara yang serius.

Syatilla percaya ia hanyalah gurauan daripada orang ramai yang mengikuti aktiviti mereka di laman sosial.

Ini komennya:

“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

“Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya.

“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,”

Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syeriv Samheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

Ditanya reaksi suaminya Shaheizy Sam tentang perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan kerana jarang membaca komen dari followernya.

Mereka sekeluarga lebih suka perkara yang positif sahaja.

Syeriv Samheizy dilahirkan pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

 

sumber  http://beritamemey.blogspot.my/2017/06/nama-anak-diejek-ini-reaksi-balas.html

“Orang Kedah Semua Rasa Nak Tampaq Dia,” – Nitezen

Orang Kedah mengamuk menganggap drama bersiri Mak Cun menghina cara percakapan dalam loghat terlalu over sehingga merosakkan gaya pertuturan orang di negeri utara tanah air itu.

Menurut laporan mStar Online, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Fatenism meluahkan rasa tidak puas hati terhadap loghat Kedah yang digunakan menerusi program bual bicara Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung pada 24 Jun lalu di TV3 bersempena Aidilfitri.

“Kalau nak belajar cakap Kedah tengok TV3, dengar Farid Kamil cakap, bukan tengok Raya Sakan Mak Cun.

“Orang Kedah semua rasa nak tampaq (tampar) dia,” tulisnya.

Amboi Fatenism, garangnya!

Status yang dimuat naik pada Selasa lalu sehingga kini sudah pun mendapat hampir 16,000 ulang Tweet daripada pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Fatenism.

Ramai daripada komen balas yang diberikan menganggap cara percakapan dalam loghat tersebut ‘over’ dan terlalu mencuba sehingga merosakkan keindahan gaya pertuturan orang di negeri utara tanah air itu.

Ada pula menganggap watak-watak dalam rancangan itu seolah-olah memperleceh dan menghina loghat Kedah, hingga ia menyinggung anak jati negeri itu  ketika siaran langsung program itu.

“Kita ni tahan ja depa cakap lagu tu. Seolah-olah memperkotak-katikkan loghat kita. Berani depa pelechey (memperlekeh) loghat kita noo.

“Hat tu over lebih. Kami yang belah utara ni pun menyampah tengok depa semua tu,” tulis beberapa pengikut yang tidak berpuas hati.

Perdebatan mengenai perkara itu tambah menarik apabila ada beberapa pengikut yang mendakwa berasal dari Pulau Pinang turut berasa terkesan dengan penggunaan loghat dalam Mak Cun.

Menganggap orang ‘luar’ bercakap utara sebagai pelik, pengikut yang menggunakan nama @Nur_Muhammad58 itu memberitahu mahu memboikot program itu.

“Kami wakil dari Pulau Pinang pun agak tertekan dengan hal sebegini. Orang luar cakap utara pelik kot.

“Jadi kami ambil keputusan untuk tampar berjemaah,” tulisnya.

Program bual bicara itu menampilkan Mak Cun (Eirma Fatima) dengan gandingan pelakon lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin Umie Aida), Pak Akob (Datuk Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar). – mStar Online



Sumber http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/06/orang-kedah-mengamuk.html

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang ‘Berperang’


Seperti biasa, orang berlumba-lumba memuat naik gambar berhari raya. Masing-masing dengan pakaian dan gaya tersendiri.

Namun, terdapat sebuah gambar ‘unik’ telah dikongsikan di laman Facebook (FB) dan ia menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular.

Gambar ‘luar biasa’ itu memaparkan sebuah keluarga bahagia lengkap menggayakan baju raya bergambar dengan seekor anjing. Lebih menarik perhatian apabila dua daripada ahli keluarga terbabit dilihat memegang dan membelai haiwan itu.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang memberikan respon positif, tak kurang juga segelintir pihak yang ‘menghentam’ tindakan keluarga berkenaan.

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'
Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

“Anjing sentiasa jilat badan dia, takda istilah kering.

“Wow dunia dah berubah…bagus!” komen netizen.

Sementara itu, keluarga berkenaan mendapat sokongan daripada peminat haiwan tersebut.

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Pun begitu, gambar itu sebenarnya adalah gambar lama dan dikongsikan semula menerusi FB A Fortress Of Fur. Gambar itu juga pernah menjadi isu suatu masa dahulu.

Keluarga Bergambar Raya Dengan Anjing, Netizen Pula Yang 'Berperang'

Foto: FBA Fortress Of Fur

Adakah anda rasa gambar ini menghina agama?

Sumber: CARI

AWAS! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

1. The Carib

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Nama suku inilah yang menjadi sebutan untuk orang yang memakan orang lain. Ini diketahui merupakan suku pertama di dunia yang melakukan amalan kanibalisme.

Oleh para pelaut biasa disebut “The Carib people of the Lesser Antilles”. Nama ini diberikan oleh colombus dalam catatannya dengan menyebut nama “caniba” (yang merupakan kata lain dari Kariba yang artinya “orang yang memakan orang”).

Para suku karibia ini biasanya melakukan kanibalisme kepada musuhnya, namun semenjak kemasukan agama Kristian ke sana, perlahan-lahan budaya itu mula hilang.

2. The Aztec

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Suku aztec tidak diragukan lagi sebagai suku yang paling brutal sebelum ditemukannya benua Amerika oleh Colombus.

Mereka melakukan ribuan pengorbanan yang menggunakan manusia tiap tahunnya. Korban biasanya dicabut jantungnya yang masih dalam keadaan berdetak selagi hidup.

Lalu tubuhnya dijadikan masakan untuk dimakan beramai-ramai.

3. The Native Americans

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Pada masa awal penaklukan benua Amerika, banyak sejarahwan bercerita bahawa suku-suku Indian di Amerika melakukan amalan kanibalisme.

Walaupun sekarang masih jadi perdebatan, banyak yang mengaku mempunyai bukti amalan kanibalesme oleh suku-suku Indian.

Contohnya suku Indian Karankawa di Texas, pada tahun 1768 seorang pendeta yang berasal dari Sepanyol menyaksikan dan merakam ritual yang dilakukan Karankawa kepada musuhnya yang didera.

Mereka mengelilingi korban tersebut dan secara bergantian memotong kulit / daging korbannya lalu memakannya di depan mata korbannya.

4. The Africans

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Benua ini mungkin merupakan benua yang masih melakukan amalan kanibalisme sampai saat ini.

Walaupun secara mata kasar tidak pernah terlihat, banyak saksi mata melaporkan adanya aktiviti perdagangan organ tubuh manusia di sana.

Disertai bukti, banyak warga pendatang yang hilang semasa bercuti @ melancong di sana. Biasanya penculikan dilakukan oleh geng-geng jenayah.

Disebutkan juga, pada saat perang Congo ke-2 dan perang saudara di Liberia dan Sierra Leone, sering terjadi aksi kanibalisme di sana.

5. Fiji

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Budaya kanibalisme juga diketahui telah merebak di kawasan Polinesia dan Melanisia.

Fiji diketahui sebagi pulau para kanibalisme. Seorang kepala suku Fiji mengakui telah memakan 875 orang dan sangat membanggakannya

6. The Korowai

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Suku Korowai di Papua, Indonesia diketahui sebagai suku yang masih belum pupus di dunia dan melakukan kanibalisme hingga saat ini.

Mereka biasanya memakan anggota sukunya yang disyaki sebagai penyihir. Biasanya mereka memakan otaknya selagi masih dalam keadaan hangat. Kediaman mereka biasanya berada di atas pokok yang tinggi yang berguna untuk melindungi diri dari musuh-musuhnya.

7. The Maori

AWAS!!! Inilah 7 Suku Kaum Ganas Pemakan Daging Manusia Yang Masih Wujud Hingga Sekarang

Suku maori di New Zealand merupakan suku kanibal yang pernah terdokumentasikan dengan sangat baik.

Kanibalisme sudah menjadi sebahagian dari kebudayaan Maori dan mereka tidak pernah berhenti memakan musuhnya. Ketika kapal Inggeris, The Boyd, berlabuh dan para awaknya membunuh anak dari kepala suku Maori, para pejuang suku Maori membalas dendam dengan membunuh dan memakan 66 awak kapal tersebut. Kejadian ini yang akhirnya terkenal sebagai “body massacre”

Hebat ! Kenaikan Gaji Terbaru Pemain JDT Safiq Rahim, Inilah Gaji Beliau Sangat Lumayan Yang Setaraf Pemain Import Yang Lain.


Nama tidak yang perlu diperkenalkan lagi, Pemain ini pernah mengumumkan persaraan pada Julai 2016 sekaligus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan ketika itu tengah tenat dan tersingkir saingan kejohanan AFF Suzuki 2016, Tidak lama kemudian, beliau kembali dari persaraan menyarung jersi kebangsaan.

Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.

Pengiktirafan paling tinggi yang pernah di peroleh pemain bolasepak Malaysia. Gaji Safiq pada 2015 adalah sebanyak RM70 000 tetapi dengan kejayaan yang di raih pada tahun 2015 dan 2016, Beliau dinaikkan gaji sangat lumayan
Kenaikan Gaji Terbaru Pemain JDT Safiq Rahim, Inilah Gaji Beliau Sangat Lumayan

Gambar diatas merupakan Kereta Mewah Jenama Mustang kepunyaan Safiq Rahim
Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan sebanyak RM250K (sekarang) dari 70K (2015), tak salah beliau dapat gaji sebanyak itu kerana permainannya sudah setaraf pemain import yang lain.

Sumber : http://footballkelantan.blogspot.my/2017/06/kenaikan-gaji-terbaru-pemain-jdt-safiq.html

Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 2 Tahun Lalu?

Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 2 Tahun Lalu?

Sudah sekian lama derita kini wajahnya sudah pulih dan lebih menawan dari dahulu.

Masih ingat Nur Shafiqa mangsa toreh perompak 13 bulan lalu, inilah 3 foto keadaan terbarunya yang pasti buat korang tabik spring.

Kini, Nur Shafiqa sering ditemani suaminya, Mohd Azij-ja Zafran kerana masih fobia tinggal
bersendirian di rumah.

Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 2 Tahun Lalu?

Masih Ingat Nur Shafiqa Mangsa Toreh Perompak 2 Tahun Lalu?

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut Ifa Raziah yang sentiasa tampil seksi. Namun, peminat dikejutkan dengan penampilan terbaru Ifa yang bertudung.

Malah, Ifa turut memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan bahawa dia bertudung kerana membintangi telefilem terbaru yang bertajuk Mak Punya Pasal.

Yang mengejutkan Ifa tampak sangat berbeza dan ada juga yang membandingkan Ifa dengan penyanyi tersohor tanah air, Dato Siti Nurhaliza. Wah dua-dua lawa kot.

Namun menurut Ifa, dia masih belum ada perancangan untuk berhijab dan meminta doa peminat supaya dibukakan hatinya ke arah imej Islamik. Apapun, Ifa nampak ayu sangat dengan bertudung.

Berikut gambar terbaru Ifa bertudung untuk telefilem Mak Punya Pasal.

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!

Terkini Ifa Raziah Berhijab Yang Terlajak Ayu Mendapat Perhatian Orang Ramai!