‘Mek Timoh’ Dari Birmingham  Fasih ‘kecek kelate’ Memang Cute Habis !!!

WALAUPUN dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di negara itu, Fatimah Omar Mukhlis, 3, tidak melupakan bahasa Melayu, malah fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka lupa bahasa ibunda.

Petah bertutur sejak berusia setahun, selain fasih dialek Kelantan, Fatimah juga fasih bahasa Thailand dan bahasa Inggeris.

Fatimah kini menjadi perhatian selepas videonya ‘kecek kelate’ tular sejak bulan lalu.

Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, 36 ketika dihubungi berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu suka bertutur dialek Kelantan sejak kecil lagi.

“Walaupun kita bercakap bahasa Inggeris, dia akan balas dialek Kelantan. Berbeza dengan abangnya, Omar Mukhtar, 10, yang pada mulanya malu nak bercakap dialek Kelantan kerana ada segelintir rakan mentertawakannya.

“Selepas Omar melihat Fatimah berkeyakinan bertutur dialek Kelantan, baru dia (Omar) bertutur dialek itu tanpa segan dan rendah diri,” katanya yang mengusahakan restoran di Birmingham.

Menurut Nor Ashila, dia dan suaminya, Omar Mukhlis Azizan, 36, mahu mendidik anak mereka supaya mengenal bahasa ibunda.

“Suami memang berasal dari Kelantan manakala saya pula berasal dari Thailand. Walaupun sudah menetap di UK sejak 2004, kami tidak mahu anak lupa bahasa dan adat.

“Oleh itu, kami praktikkan penggunaan tiga bahasa di rumah. Alhamdulillah mereka tidak keliru dan kini ketiga-tiga anak saya sudah mahir dalam menyusun ayat dalam penggunaan tiga bahasa ini,” katanya.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Sebenar Buat Sos Pencicah Thai, Rupanya Cukup Mudah!

Nak buat sos pun kena ada ‘bakat’ tetapi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin ini, pasti anda rasa puas! Untung-untung boleh buat bisnes sebab senang dan rasanya sedap luar biasa! Sesuai dimakan dengan cucur waktu petang-petang ni. Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan…

Bahan-bahan:

3 Ulas bawang putih dikopek kulit

2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)

1/2 cawan gula pasir

3/4 cawan air

1/4 cawan cuka

1/2 sudu besar (tbsp) garam

1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisasran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukkan cairab tepug jadung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba!

5 KISAH PELAJAR GENIUS MALAYSIA YANG BERAKHIR DENGAN KEKECEWAAN

Ingat tak masa Tun Mahathir lancarkan wawasan 2020, masa admin kecik-kecik dulu memang selalulah bayangkan yang tahun 2020 nanti kat Malaysia dah ada kereta terbang, rumah atas awan dan banyak lagilah benda-benda yang canggih. Tapi sekarang, macam mustahil je benda itu semua nak berlaku, apatah lagi 2020 tinggal tiga tahun je kita nak capai.

Kalau nak maju, Malaysia sebenarnya kena ada ramai jurutera, ahli akademik dan golongan bijak pandai yang lain. Lagi bagus bila sesebuah negara ada penduduknya yang genius sebabnya mereka ni boleh dianggap sebagai pemangkin kepada evolusi dan inovasi manusia seperti apa yang dilakukan oleh Isaac Newton, Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Kalau korang nak tahu, Malaysia pun ada je golongan genius ini, tapi entah di mana silapnya, ada dalam kalangan dorang yang sampai jadi pelacur, kena penjara dan menagih dadah. Hari ini SOSCILI nak ceritakan tentang nasib pelajar-pelajar genius yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dahulu.

1. Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun tapi terjebak dalam kancah pelacuran

Kisah Sufiah yusuf memang popular bukan dekat Malaysia je, tapi sampai satu dunia heboh dengan kepintaran budak ini. Mana tidaknya, dia telah berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia yang sangat muda, iaitu 13 tahun.

Sufiah Yusuf dan keluarganya mendapat liputan media yang luar biasa pada masa tersebut. Sumber dari Utusan Malaysia

Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.

Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya, sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.

Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus kerana mendakwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan sebuah badan kebajikan di sana.

Sufiah pernah terjebak ke kancah pelacuran selepas dua kali agal menamatkan pengajian. Sumber dari khirkhalid.com

Walaupun gagal pada kali pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penceraian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.

Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pelacuran akibat daripada kesempitan hidupnya.

Melalui temuramahnya dengan program NONA pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya kini agak bercelaru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki oleh keluarga dan pihak media.

Inilah gambar terbaru Sufiah Yusuf ketika ditemuramah oleh TV3. Sumber dari Youtube.com

2. Shukri Hadafi: Profesor Ungku Aziz sampai ambik budak ini jadi anak angkat

Kisah Shukri ini pernah menggemparkan negara pada tahun 1976 apabila kanak-kanak berusia tiga tahun ni dah pandai baca surat khabar. Kira hebat jugaklah budak ini sebab kebiasaanya kanak-kanak umur 3 tahun masa tu sibuk main “Polis entry one two jaga” belakang rumah.

Kepandaian Shukri ini telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sampaikan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Mungkin sebab mahu melahirkan pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.

Disebabkan kepandaian Shukri, Profesor Ungku Azizi ambil dia jadi anak angkat. Sumber dari 4.bp.blogspot.com

Bukan setakat itu je, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga telah mengambil dia berlakon dalam filemnya iaitu Menanti Hari Esok dengan gandingan mantap dari penghibur tanah air yang lain seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.

Kegemilangan dan populariti yang Shukri kecapi telah membuatkan dia lupa dan hanyut ketika zaman remaja. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibuang sekolah.

Pada tahun 90’an, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai dan ada jugak berita kami jumpa mendakwa dia terjebak dengan najis dadah sehingga gelaran genius yang pernah dimilikinya hilang begitu sahaja.

Kenangan allahyarham Jins Shamsuddin dan Shukri Hadafi dalam filem Menanti Hari Esok Sumber dari harithsidek.blogspot

3. Chiang Ti Ming: Genius yang menghadapi tekanan hidup.

Kalau korang suka layan cerita “Big Bang Theory” mesti korang kenal dengan Dr Sheldon Cooper, seorang genius dekat California Institute of Technology (CalTech). Tapi kalau korang nak tahu, Malaysia lagi hebat sebenarnya sebab Chiang Ti Ming, seorang pelajar dari Malaysia telah berjaya memasuki CalTech pada usia 15 tahun pada 1989.

Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech. Memang Mat Salleh kat sana pun tak boleh lawan dengan kepandaian budak Malaysia ini.

Dr Sheldon Cooper dari drama popular BigBang Theory. Sumber dari sciencewritingblog

Tak macam admin yang pakai PTPTN untuk belajar, Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.

Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.

Tapi bukan senang jadi genius sebenarnya, walaupun Chiang Ti Ming berjaya menghabiskan pembelajaranya sampai peringkat PhD, dia juga telah mengalami masalah kemurungan dan tekanan jiwa yang teruk sampaikan dia dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

Akhirnya pada tanggal 6 Januari 2007, dia telah meninggal dunia di Seremban pada usia mencecah 33 tahun.

Walaupun cerita ini sudah 10 tahun berlalu, penyebab sebenar kematian beliau tidak pernah didedahlan kepada umum. Sumber dari The Star.com

4. Nur Fitri Azmeer Nordin: Dipenjara sebab simpan 30,000 gambar lucah kanak-kanak

Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah budak genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di United Kingdom kerana kantoi memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak dan ada di antaranya beliau sendiri yang ambik.

Nur Fitri Azmeer Nordin merupakan pelajar tahun ketiga di Imperial College London ketika dia ditangkap. Akhirnya Fitri sendiri mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di hadapan Makahmah Southwark Crown, termasuk dua tuduhan mengambil gambar lucah kanak-kanak dan empat pertuduhan memiliki imej tersebut dengan niat untuk mengedarkanya.

Sumber dari stylosay.blogspot

SOSCILI pernah cover tentang bahaya Pedophile dalam kalangan masyarakat Malaysia kat artikel sebelum ini. Tapi yang peliknya, menurut laporan daripada akbar huffingtonpost UK, pihak MARA sendiri tak ambik tindakan tegas terhadap pesalah ini.

Malahan dorang sanggup bagi biasiswa kat budak ini bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila dah habis tempoh hukuman penjara dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara.

Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psychiatric dan kelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan penjara sebelum dibebaskan. Bagaimana kesudahan kisah pelajar ini sama-samalah kita nantikan bila dia balik Malaysia nanti.

MARA bercadang untuk bagi Nur Fitri peluang ke dua belajar di Malaysia dengan biasiswa. Sumber dari astroawani.com

5. Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM

Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, statistic dan trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.

Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

Adi Putra dengan bukunya Seni Matematik Islam. Sumber dari pahangdaily.blogspot.my

Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei, tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana intistusi pengajian tinggi negara.

Dalam temuramahnya bersama The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh universiti tersebut.

Inilah rupa Adi Putra sekarang. Sumber dari suara.tv

Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatan malahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.

Memang beginikah nasib bila jadi genius dekat Malaysia?

Bukan semua pelajar genius dekat Malaysia ini menerima nasib yang malang. Ada juga dalam kalangan dorang yang berjaya di dalam kehidupan dan telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sumbangan Hafizah Noor Isa yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang gravity dan Nur Adlyka Ainul Annuar dalam kajianya tentang “active supermassive black holes” bersama National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuktikan yang Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan pelajar berkualiti tinggi dan bertaraf global.

Hafizah Noor Isa (atas) dan Nur Adlyka Ainul Annuar (bawah) merupakan pelajar genius Malaysia yang berjaya. Sumber dari pressreader.com dsn youtube.com.

Ini membuatkan kami terfikir, apa beza antara Hafizah dan Adlyka dengan pelajar-pelajar genius di atas? Apa yang kami perasan adalah kebanyakan pelajar genius tadi jadi femes pada usia yang sangat muda. Mungkinkah disebabkan harapan yang terlalu tinggi daripada masyarakat membuatkan mereka tertekan? Mungkinkah mereka kehilangan zaman kanak-kanak yang dilalui oleh orang lain?

Apa pun, kami harapkan kes-kes seperti yang terkandung dalam artikel ini dapat dikurangkan. Kita sebagai masyarakat termasuklah ibu-bapa, guru, kerajaan, termasuklah orang sekeliling perlulah memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada mereka.

Sumber : https://soscili.my/5-kisah-pelajar-genius-malaysia-yang-berakhir-dengan-kekecewaan/Cili

Ia Disebar Pihak Tertentu Nabil Ahmad Lisa Surihani Terima DugaanJom Baca Pendedahan Nabil

“Ia Disebar Pihak Tertentu..” Nabil Ahmad, Lisa Surihani Terima Dugaan..Jom Baca Pendedahan Nabil

Pelawak popular Nabil Ahmad telah diduga ketika ini.

Nabil yang kini hebat sebagai pengacara telah diceroboh privasinya.

Dia selalu menerima panggilan dan gangguan daripada individu tidak dikenali melalui telefonnya.

Akhirnya mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon peribadinya.

Menurut Nabil, nombor telefonnya serta beberapa rakan artis lain telah disebarkan oleh pihak tertentu di internet.

Antara selebriti lain yang turut terkena ialah Lisa Surihani.

Nabil berkata, dia sudah memaklumkan nombor telefon abrunya kepada semua klien dan rakan media secara peribadi.

Ini pendedahan dari Nabil:

“Saya syak nombor telefon saya sudah diketahui umum dan ia disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sayang untuk tukar kerana ia adalah nombor telefon untuk kerja dan semua klien saya tahu nombor ini. Dalam pada itu, saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak.

“Mereka juga masukkan saya dalam grup WhatsApp tertentu, bukan saya sahaja, ada beberapa artis lain termasuk Lisa Surihani juga mengalami perkara sama,”

“Saya sudah hantar mesej kepada semua kenalan saya dan beritahu tentang nombor yang baru ini. Saya harap kerja saya berjalan lancar.

“Kalau tidak tukar macam-macam gangguan datang terutamanya pada waktu malam,”

Kesian Nabil dan rakan artis lain. Memang teruk perangai orang yang dedah nombor selebriti ni.

Sumber: beritamemey

 

MASIH INGAT KISAH AHMAD RAFIKIN YANG HILANG 3 HARI DI GUNUNG TEROM ?? INI CERITA SEBENAR USTAZ YANG TEMUI JENAZAH YANG RAMAI TIDAK TAHU…

CERITA SEBENAR USTAZ..!!! AZAN PERTAMA TAK BUKA LAGI MASUK AZAN KETIGA BARU GERBANG PINTA DARI ALAM LAIN TERBUKA..BARULAH KAMI NAMPAK RAFIKIN..ITULAH KISAH YG DI UNGKIT KEMBALI JENAYAH AHMAD RAFIKIN YG HILANG KIRA-KIRA 1 TAHUN LEBIH.JOM IKUTI KISAH SEBENAR USTAZ YG KEMUDI CARIAN MUHAMAD RAFIKIN TEMPOH HARI

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35
petang tadi. Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita. Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Berikut merupakan cerita kawan kepada ustaz yang menemui jenazah arwah Ahmad Rafikin.

Ni gambar aku amik masa ustaz ni azan. Lepas azan 3 kali angin kuat menyapa dan masa tu ustaz ni berkomunikasi dengan benda tu. Bawah jambatan tu la diorang ada terdengar seperti orang menangis minta tolong tapi cari punya cari tapi tak jumpa. Aku yang terlibat dalam operasi ni pun macam tak caya. Kata ustaz tadi takda mende pun (dia macam menyembunyikan sesuatu). Korek punya korek. Ustaz tu cerita ada 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan tua. Seorang budak remaja perempuan, cucu kepada si tua tadi berkenan dengan arwah. Macamana cucu tu leh berkenan dengan arwah Ustaz tak cerita sebab ustaz pun tak tahu. Dekat-dekat kawasan tu ada pintu gerbang alam kita dan alam dia. Kedudukan gerbang tu depan sedikit dari jambatan gantung yang kedua. Al Fatihah kepada adik Ahmad Rafikin. Semoga keluarga tabah.

Foto Gerbang Yang Dikatakan Pintu antara Alam Kita dan Alam Mereka

50 Hari Nikah , Kami Bercerai.Mertua Buat Saya Macam Pembantu. Suami Buat Saya Macam Hamba

Kisah coretan dari saudari Lydia (nama samaran) yang mahu wanita diluar sana ambil pengajaran .
Buat gadis yang masih belum berkahwin juga beringat sebelum terkena . Mungkin cerita ini diulang siar namun admin rasa kewujudan masalah seperti ini masih ada dan tak mustahil lagi teruk .
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.

Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan, jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.

Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.

Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.

Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.

Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan, semua perkara yang saya buat salah.

“Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami isteri,” kata saya pada suami.

“Kita kena taat pada mak,” balas suami ringkas dan beredar.

Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan tuduh saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu nak bawa saya ke klinik.

Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya dan suami dah macam panas sebab doktor kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).

Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.

Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa dengan suami.

Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.

Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.

Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.

Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua barang-barang saya.

suami? Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk. Sebelum dia meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja. Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.

Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya. Tiada sesiapa yang nak iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.

Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh, ada yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada saya. Bagus.

Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.

Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat, tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.

Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.

Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri. That’s why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka. – Lydia

Buat lelaki luar disana apabila anda bersedia untuk mendirikan rumahtangga , korang juga dah bersedia nak hadapi pelbagai bentuk masalah , yang anak mak ni mungkin perlu belajar mendahulukan dan menghormati . Tak salah nak jaga hati ibu , sememangnya ibu perlu diutamakan tapi sampai perasaan isteri terabai , itudah kira berdosa juga . www.kakishare.my
Sumber : kaki share

 

 

 

 

KAHWIN ISTERI KERJA KAUNSELOR SEKOLAH. MINGGU PERTAMA JE DAH BUAT RAMAI TERPANA !!!

Auto Draft

Assalamualaikum wbt.
Abam nak ceritakan pengalaman abam kenal isteri abam aka Cik Kaunselor ni.

Dulu, abam tak kenal pun siapa isteri abam ni. Sebab kami kenal melalui orang tengah. Kawan baik abam kenalkan kami. Lama juga kami ambil masa nak kenal. Sebab masa tu abam memang sibuk je memanjang. Yelah, abam kerja office. Jadi sibuk sikit. Mula kenal pun dah akhir tahun. Masa tu company huru-hara juga. Serabut jangan cakaplah.

Sampaikan kawan abam cakap, cik kaunselor ni bukan main sabar tunggu juga abam walaupun abam sibuk. Ada je abam kenal gadis sebelum ni, bila abam terlalu busy diorang mula diam seribu bahasa. Tak ada contact, sms, dll. Tapi isteri abam consistent hari-hari sms. Bagi pesanan jaga diri. Nampaklah, walaupun abam tak sempat nak balas, dia sabar dan sms je.

Kadang-kadang abam cuba uji dia, suruh dia jangan tunggu abam, suruh dia terima pinangan orang lain kalau ada yang merisik. Tapi dia tetap cakap tak nak. Kalau boleh nak serius dengan sorang je. Tak nak kenal ramai-ramai. Relationship goal dia kata masa tu.

Pernah juga, abam free abam contact je dia. Tapi tak sekerap dia. Bila abam tanya macam mana boleh sabar, dia kata jadi kaunselor pun salah satu pengalaman yang ajar dia untuk sabar. Masa kami berkahwin, dia baru je konvo. Kami berkahwin dan majlis pada bulan 12. Masa tu sibuk tak payah cakap lah.

Abam ingat lepas kahwin dia berubah. Tapi tak. Macam mana cara dia layan abam masa berkawan sampai kahwin sama je. Jangan fikir lain eh. Maksud abam, pagi-pagi dia akan ucap all the best kerja, kerja baik-baik, kalau penat kena rehat dan sebagainya.

Lepas kahwin baru abam faham kenapa setiap kali sms masa bercinta dulu dia akan kata dia lipat bajulah, basuh bajulah, mop lantailah. Lepas kahwin, abam bawa duduk rumah mama abam dulu dekat kl. Dia punyalah suka dapat menantu suka buat kerja rumah ni. Abam ingat isteri abam akan ambil masa untuk adapt dan adopt dengan keadaan rumah dan keluarga baru. Tapi tidak.

Isteri abam masa tu datang je, terus tolong mama abam buat kerja dapur. Masak, basuh tandas, kemas rumah. Siang basuh baju, jemur, malam lipat baju. Pukul 12 start lipat baju. Hahaha kadang abam pun pelik kenapa suka lipat baju. Isteri abam kata masa tu lah dia tak fikir pasal kerja, dia fikir macam mana nak aturkan jadual harian. Abam kacau macam mana pun dia senyum je.

Isteri abam ni orang pantai timur. Rezeki dia awal dapat posting di negeri sembilan. Kaunselor baru, sekolah campuran. Jadi kami mulalah pjj. Pada awal tu, agak susah nak berjauhan ni. Semua dia uruskan sendiri. Tapi hujung minggu kadang tu dia minta izin nak drive ke kl jumpa abam di kl. Abam baru nak buat surprise. Tapi dia nak pergi juga. Hai pernah abam tertinggi suara, sebab abam terlampau busy, dia diam je. Lepas pada abam reda baru dia tanya, abam okay ke tak. Kalau tak okay nanti dia call balik.

Abam kadang-kadang bersyukur sangat sebab dapat kenal dengan isteri abam ni. Marah lah macam mana pun, dia senyum je. Patuh je. Abam suka, dia lagi suka, abam marah, dia diam dan senyum, abam merajuk, dia masak masakan kesukaan abam. Abam suka aktiviti luar, dia selalu cakap kalau abam nak berjalan ke, hiking ke, dia bagi. Kalau nak keluar dengan kawan ke dia bagi.

Tak ada merengek nak ikut. Cuma satu je dia pernah minta izin abam. Dia suka buat kek. Jadi dia nak buat hujung minggu dan jual di area perumahan dia. Abam izinkan. Cuma abam tak tahu kenapa dia minat sangat masak. Bila abam tanya dia kata, dia nak invest dalam jualan.

Oh baru abam faham kenapa dia nak jual-jual. Tapi abam kagum dia tak pernah minta abam beli emas, rantai ke, tupperware ke, alat solek ke. Tapi abam bagi nafkah tiap bulan. Dia simpan je duit tu. Dia guna untuk bagi duit bulanan dekat mak ayah kami. Abam dah asingkan duit untuk parents kami, dan isteri abam nak tambah juga walaupun sikit.

Ya abam tak nafikan. Isteri abam tak pandai solek, tak pandai bergaya, tapi pergi mana-mana orang akam tahu dia cikgu. Sebab gaya mungkin?

Bila ber pjj ni susahlah juga. Macam-macam kena jaga. Berprasangka? Tipulah nak kata tak ada. Isteri jauh abam pernah curiga. Tapi jiran semua baik-baik selalu ceritakan baik-baik je dekat abam. Masa balik rumah mama abam hari tu, isteri abam di sahkan mengandung. 5 bulan. Dia tak tahu. Sebab aktif sangat. Badan dia kecil. Jadi dia sendiri tak perasan berat dah naik. Abam ingat dia dah gemuk.

Alahan? Tak ada. Sebab tu tak sangka langsung. Tapi rezeki Allah tak menyebelahi kami. Isteri abam ni lincah buat kerja rumah, masa bersihkan tandas, dia tergelincir. Masa tu baru tahu dia mengandung. Abam pun salah juga. Sebab masa tu abam outstation. Pergi singapore.

Masa tulah abam rasa takut sangat kehilangan. Isteri abam ambil cuti sekolah lama. Sebab doktor kata dia jatuh kuat. Hentakan. Tapi keguguran. Isteri abam, senyum je. Dia minta maaf sebab tak dapat jaga zuriat abam. Abam tahu itu bukan salah dia tapi dia letakkan salah pada dia.

Abam ambil cuti untuk jaga dia. Masa ni ramai cikgu-cikgu dan anak murid datang melawat. Masa ni kami di negeri sembilan. Rupanya kaunselor sekolah ni di sayangi pelajar. Budak-budak nakal, semua datang melawat minta cikgu masuk sekolah cepat. Rapat betul dia. Abam pulak yang cemburu. Hahaha. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Isteri abam pulih macam biasa. Abam cuba sehabis baik untuk pindah ke negeri sembilan. Semata-mata tak nak berjauhan. Tapi sampai sekarang tak dapat. Pjj ni ajar abam banyak benda.

Pertama, percayakan pasangan kita. Walaupun isteri abam jauh, banyak mata memandang, tapi abam sedaya upaya untuk tidak judge isteri abam sewenang-wenangnya. Ada tak puas hati, tanya. Kalau abam tengah panas, dia tak menjawab langsung. Dia diam je. Dan akan jawab bila abam dah reda.

Keduanya, jangan musnahkan kepercayaan orang yang kita sayang. Isteri abam letak kepercayaan tinggi dekat abam. Walaupun abam suka like gambar perempuan dekat instagram, dia tak terus serang abam. Dia tak marah-marah. Dia tak perli. Dia cuma like sama gambar tu. Jadi abam akan nampak dekat news feed following abam. Hahaha licik kan. Kaunselor bak hang, dalam diam dia attack.

Ketiga, jangan biar isteri buat kerja sendiri. Lepas je kejadian tu abam cepat beringat. Mana taknya, hilang isteri baik macam ni nak cari dekat mana, pasar malam? Belum tentu jumpa. Dah lepas je pada tu, basuh baju, kemas rumah, jemur baju abam yang ambil alih. Lipat baju? Itu isteri abam tak bagi abam buat. Sebab? Cara lipatan tak standardize dia kata. Besar tak sama. Jenis tak sama. Lol. Okay nak kata dia lipat cantik la tu konon. Hahaha.

Keempat, apa lagi ya? Support apa yang isteri minat. Dia support sepenuhnya minat abam, jadi abam support sepenuhnya minat dia. Contoh? Belikan bahan kek dia. Belikan oven baru. Belikan mixer baru. Isteri abam ni belikan emas, nanti dia hadiahkan dekat mak mertua abam atau mama abam. Belikan tudung, dia share dengan adik beradik perempuan. Jalan-jalan pergi shopping dia akan pusing-pusing je. Window shopping katanya. Tapi singgah kedai barang lelaki je. Belikan untuk abam.

Jadi apa yang dia suka? Abam pernah belikan dia oven dua kali ganda yang sedia ada. Sengih dia sampai ke telinga. Mixer dia abam belikan yang stand punya. Suka tengok dia tak penat sangat bila buat kek. Kesudahannya, duit jualan kek dia minta abam pegangkan. Alahai isteri.

Bila abam tanya, punca rezeki dia. Dia akan kata, sebab dia tak berkira dengan keluarga. Dia akan bagi duit belanja untuk keluarga. Beli barang dapur kalau balik kampung. Isi minyak kereta adik atau abang dia full kalau dia pinjam sekejap. Itupun dah membantu tambahkan rezeki dia.

Dia selalu kata, dalam rezeki kami afa rezeki orang lain juga. Jadi tak salah untuk berkongsi. Bila kami pergi pasar malam. Duit kecil akan siap-siap dia pegang. Tiap kali nampak tabung masukkan. Beli makanan lebih untuk bagi dekat security perumahan. Senangnya nak buat pahala, kata dia.

Banyak perkara abam belajar daripada dia. Dia pernah cerita, dia terima abam tanpa syarat. Dia terima seadanya. Masa dia kenal abam, dia tak tahu pun posisi abam dalam office apa. Dia pernah wonder kenapa abam terlalu busy. Rupanya abam ketua pegawai. Dia tak pernah tanya gaji abam.

Masa kahwin, dia dan keluarga tak letak hantaran yang tinggi. Dia serahkan dekat abam. Semampu yang boleh. Masa abam cakap abam nak bagi RM15k, dia tolak. Dia cakap, lepas kahwin nak guna banyak lagi untuk pengurusan harian. Keluarga cakap RM5k dah cukup. Masa akad nikah, abam akad sebanyak RM10k. Tapi lepas pada tu, mertua abam bagi balik dekat abam untuk persiapan rumah baru dan sebagainya. Tapi abam tak bagitahu dekat mertua, duit tu abam transfer dekat akaun isteri abam. Tanpa isteri tahu. Biar dia terkejut baki banyak. Huhuhu.

Kami dah setahun setengah kawin, tapi belum ada rezeki anak. Bila abam tanya isteri, dia selalu pujuk abam macam ni. Dia cakap, kadang tu Allah bagi zuriat untuk uji sejauh mana kemampuan kita untuk besarkan anak-anak. Ada masa Allah tak bagi lagi kita zuriat sebab Allah nak kita belajar daripada keadaan sekeliling, sama ada kita mampu jadi ibu bapa yang baik atau tak. Ada yang anak ramai, tapi dalam masa yang sama mendera mental dah fizikal anak. Ada yang ada anak, tapi tak berikan sepenuh perhatian di usia muda. Mampu ke kita kalau Allah berikan zuriat sekarang? Mampu dari segi kesabaran, ketegasan, perilaku dan sebagainya.

Abam mengaku, abam ni panas sikit. Garang. Maklumlah anak kedua. Isteri abam, anak kedua last. Jadi dia pun panas juga. Cumanya panas dia, dia akan diam dah reda baru dia cakap. Panas abam, masa tu juga abam cakap. Tapi lepas je keguguran tempoh hari, abam tahu isteri dan abam perlu siap sediakan mental dan fizikal secukupnya.

Mana tak nya, masa abam ambil cuti pergi rumah isteri di negeri sembilan. Awal, pukul 5 dah bangun. Kejut abam. Siapkan sarapan. Basuh baju. Pukul 6.45 dah gerak pergi sekolah. Petang balik, masak lagi. Kemas rumah. Malam bagi abam makan lagi. Sebelum tidur lipat kain, baru tidur. Kesian, penat abam tengok dia. Tapi senyuman tak pernah lekang di bibir dia. Murah senyuman.

Haih, marah senyum. Menangis, senyum. Macam mana abam tak sayang. Doakan kami ada zuriat tau. InshaAllah kalau ada rezeki zuriat nanti, abam share lagi kisah abam. Selamat petang semua. Jaga diri, jaga hati, moga di bawah kasih suci Allah yang di redhai