4 Cara LELAKI Isi Minyak Kereta Dan 13 Cara PEREMPUAN Isi Minyak Kereta..No #1 Tu Ramai Sangat Tak Buat..

Auto Draft

Cuba anda perhatikan tabiat anda setiap kali mengisi minyak kereta. Tidak kira lah sama ada anda ni lelaki atau wanita.

Kalau ikutkan ada perbezaan cara lelaki dan wanita ketika isi minyak kereta.

Anda tak percaya? Cuba lihat perbezaan ketara ni. Lepas anda baca, mesti rasa nak tepuk dahi sendiri sebab terkena dekat batang hidung sendiri. Haha!

4 Cara LELAKI isi minyak kereta

1. Sampai stesen minyak matikan enjin, tarik tuil untuk buka penutup minyak.

2. Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran sambil keluarkan duit dan toleh pandang nombor pam.

3. Lepas bayar, kembali ke kereta terus ke pam, angkat nozzle, buka penutup tangki, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.

4. Lepak-lepak jap, nozzle berhenti, Simpan balik ke tempatnya, tutup tank dan bergerak.

13 Cara WANITA isi minyak kereta

1. Sampai stesen minyak matikan enjin, cari purse dalam beg.

2. Keluar kereta tutup pintu terus berjalan pergi kaunter bayaran.

3. Patah balik ke pintu besar atau terjenguk-jenguk tengok ke luar sebab terlupa tengok pam nombor berapa

4. “Oooo pam nombor 5”

5. Lepas bayar, kembali ke kereta. Buka pintu semula sebab simpan purse dulu.

6. Tutup pintu kereta semua. Bergerak nak buka penutup tangki. Opppss! Terlupa tarik tuil penutup tangki.

7. Patah balik buka pintu kereta, tarik tuil dulu. Pergi balik, tengok-tengok penutup tak terbuka lagi.

8. Silap, tadi tarik tuil nak buka bonet belakang rupanya. Pergi tutup bonet dulu. Patah balik tarik tuil tangki. Kali ni baru betul.

9. Pulas buka penutup tangki. Cari tempat nak letak tudung penutup tadi. Akhirnya letak atas bumbung. Pergi pam, angkat nozzle, hulur muncung nozzle dalam tank, picit, lock dan tinggal.

10. Sambil tunggu minyak diisi, terpandang cermin tingkap belakang. Boleh betulkan tudung yang sikit terpenyek. Nozzle berhenti. Angkat simpan ke tempatnya semual.

11. Nak tutup tank, terlupa penutup letak kat mana. Cari melilau.

12. “Oooo ada atas bumbung kereta rupanya”.

13. Ambil pulas sampai ketat. Tutup, masuk kereta, jalan.

Sumber: Hanazuva

P/S: Tak semua wanita mcm tu 😀

ISTERI CURIGA SUAMI SELALU PULANG LEWAT PAGI TERUS MANDI DAN CUCI BAJU SYAK SUAMI CURANG SETELAH DIINTIP RUPANYA

Auto Draft

Setelah curiga dengan kelakuan suaminya yang selalu pulang waktu subuh, terus mandi dan membasuh baju,Seorang isteri akhirnya mengetahui sesuatu yang mengejutkan.Selama mengharungi bahtera rumah tangga, dia tidak merasa aneh dengan sikap suaminya.

Namun sejak kebelakangan ini suaminya selalu balik ke rumah pada waktu subuh, terus mandi, dan mencuci baju.
Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia pasti terus mencuci bajunya Hingga akhirnya saya mengetahui sesuatu yang sangat mengejutkan setelah melihat keanehan yang dilakukan suaminya.

Ikuti kisahnya:-
Saya dan suami sudah menikah setahun lebih. Sebenarnya, kehidupan kami biasa saja, setelah bercinta beberapa lama kami pun merancang untuk bernikah. Kerana kami dilahirkan di kampung, biasanya cuma perlu daftarkan diri di jabatan agama saja, kami tidak adakan kenduri pun.
Kami juga tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, setelah setahun bernikah, akhirnya suami mendapat kenaikan gaji dan kami boleh menyimpan duit sedikit. Ditambah dengan wang yang dipinjam dari saudara mara, akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah kecil.
Pada hari kami mendapat kunci rumah kami, suami memelukku dan berkata.
Sayang, abang janji akan membahagiakan keluarga, mulai sekarang, kita dah mempunyai rumah, sayang mesti bersiap sedia, aku akan berjuang untuk keluarga Sayang mesti jaga kesihatan, kita akan segera dapatkan cahaya mata, Saya hanya mengangguk bahagia mendengar semua ini.

Saya tak tahu apa salah saya, atau suami yang berubah, sejak kami membeli rumah.
Disebabkan pinjaman yang mesti dibayar, ekonomi kami merudum dan kami hadapi banyak tekanan.

Tapi sejak itu, suami selalu berkata bahawa dia mesti buat kerja lebih masa, mulanya saya sangkakan dia hanya akan bekerja lebih masa seperti biasa. Tapi katanya dia mesti kerja lebih masa setiap hari, dan pulang lewat malam sampai pukul 1 atau atau 2 pagi.
Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia mesti mencuci bajunya.

Suatu hari aku nekad pulang kerja lebih awal dari biasa dan menunggu di depan pejabatnya. Ternyata, suamiku tidak bekerja lebih masa! Selepas habis waktu kerja dia terus keluar pejabat, tapi dia tidak terus pulang ke rumah. Ini membuatkan saya semakin yakin yang suami berlaku curang! Mana tak nyamasa balik dia terus mandi dan cuci baju mungkin sebab takut aku terbau wangian wanita lain.
Tetapi saya nampak dia masuk ke sebuah restoran barbeque. Masaitu saya berada di seberang jalan memerhatikan suami, saya lihat dia keluar dengan baju putih dan mula memanggang daging.

Suamiku memang pernah ceritakan yang dulu dia suka memanggang daging di rumahnya dan semua orang cakap daging panggangannya memang sedap.
Melihatnya sedang memanggang daging, saya mulai menitiskan air mata. Saya memutuskan untuk menyeberangi jalan dan duduk di restorannya. Seorang pelayan datang bertanyakan pesanan, Saya cuma memintasegelas minuman, dan tolong hantarkan kepada tukang masak yang sedang memanggang daging itu.

Pelayan itu merasa aneh dengan permintaan saya, namun dia tetap melakukannya, saat menerima minuman itulah, suamiku mengangkat kepalanya dan melihatku.
Lalu meminum habis minuman itu dan terus menghampiri aku.
Sayang, macam mana kamu boleh sampai disini? saya terus memeluknya dan berkata, Saya tunggu abang balik kerja.

Malam itu suami menjelaskan semuanya. Dia tidak letih dan boleh bekerja lebih masa, dia cuma nak mendapatkan pendapatan sampingan.
Saya kata padanya, saya pelik kenapa setiap hari balik kerja abang terus mandi dan cuci baju. Rupa-rupanyaabang takut saya terbau bau asap dan daging, saya dah syak abang dah ada perempuan lain, itu sebabnya sayapergi intip abang.

Suamiku kemudian memelukku dan mencium keningku, macam mana abang nak curang? Awak adalah wanita paling sempurna buat abang, tak ada orang yang boleh menggantikan awak!

Sumber:-Aceh.Tribbunews

Kredit  : OhMyViral

Gempar Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Empat Dilaporkan Hilang

ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang Sabtu.

Berdasarkan laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.

Gempar Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Empat Dilaporkan Hilang

Selain itu dua mangsa dilaporkan patah kaki dan seorang cedera di kepala manakala selebihnya cedera ringan.

Beberapa unit jentera bomba dan ambulan dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan dan merawat mangsa yang cedera atau hilang.

Difahamkan, khemah utama yang digunakan oleh Dewan Pemuda PAS runtuh  susulan kejadian ribut itu yang berlaku kira-kira pukul 7 petang.

Selain itu, beberapa khemah peniaga juga rosak teruk dalam kejadian berkenaan.

Gempar Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Empat Dilaporkan Hilang
Unit keselamatan PAS atau Jabatan Amal juga tidak membenarkan orang awam termasuk media untuk memasuki kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas.

Muktamar kali ini dihadiri bukan sahaja dihadiri oleh perwakilan daripada seluruh negara tetapi ribuan penduduk dan penyokong PAS yang berkunjung ke kawasan jualan bazaar yang diadakan di sekitar kompleks tersebut.

sumber mstar

Seorang bayi maut selepas kepalanya terputus ketika ibunya, Farida Hanum sedang melalui detik cemas bagi melahirkannya di rumah dengan menggunakan khidmat bidan desa… Mari Baca untuk ketahui punca sebenar bayi putus kepala dalam rahim ibunya…

Sumatera Utara – Seorang bayi maut selepas kepalanya terputus ketika ibunya, Farida Hanum sedang melalui detik cemas bagi melahirkannya di rumah dengan menggunakan khidmat bidan desa Aek Tarum, Bandar Pulau, Asahan, Sumatera Utara baru-baru ini.

Kepala bayi yang disambut terputus saat keluar dari rahim ibunya – gambar hiasan

Portal berita bangkapos.com melaporkan, semasa proses bersalin, kepala bayi yang baru keluar dari pintu rahim ibunya tiba-tiba terputus dan badan bayi malang itu tertinggal di dalam rahim ibunya.

Sejurus mendapati kepala bayi itu terputus, bidan desa yang sedang menyambut kelahiran bayi berkenaan bertindak pantas mengejarkan ibu bayi itu ke hospital berdekatan.

Difahamkan, Hanum telah dimasukkan ke Rumah Sakit Umum (RSU) Abdul Manan Simatupang.

Namun tanpa disedari bidan desa itu telah tertinggal kepala bayi terbabit di rumah Hanum. Selain itu, badan bayi yang terputus berjaya dikeluarkan dari rahim Hanum sebelum proses pembedahan dilakukan pihak hospital.

Hanum kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sejurus itu, keluarga Hanum bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Asahan.

Pihak polis setakat ini masih melakukan siasatan lanjut membabitkan kejadian itu dengan melakukan soal siasat ke atas empat saksi.

Empat saksi yang dimaksudkan ialah bidan bersalin tersebut yang hanya dikenali sebagai B, 35; suami Hanum, RS dan M yang merupakan jiran tetangga kepada Hanum.

Pegawai polis Asahan, Tata Dirsa Atmaja berkata, ketika ini pasukan penyiasat masih melakukan siasatan ke atas bidan desa terbabit.

“Kesemua saksi sedang disoal siasat dan hingga saat ini, keterangan suspek masih dikumpul untuk semakan lanjut,” ujarnya.

SEDIH!!! Bayi 8 Bulan Menangis Hingga Akhirnya Meninggal dunia… Apa Yang ditemui Ibunya Memang Mengejutkan!!

 

SEDIH!!! Bayi 8 Bulan Menangis Hingga Akhirnya Meninggal dunia… Apa Yang ditemui Ibunya Memang Mengejutkan!!

Seorang bayi  berusia lapan bulan bernama Rhea Jane meninggal dunia setelah menangis tanpa henti.

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini begitu menyedihkan ibu bapanya. Sebelum kejadian tersebut berlaku, bayi yang periang itu sedang dijaga oleh ibu dan neneknya.

Walaup dijaga oleh mereka namun bayi ini masih juga dapat bergerak untuk mengambil barang yang bukan alat permainannya.

Bayi 8 Bulan bernama Rhea Jane itu maut selepas didapati menelan penutup botol air.

Seperti dilaporkan oleh viral4real, mungkin kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran berguna kepada setiap ibu bapa

Memang, bayi sebaya itu memang suka sekali memasukkan segala sesuatu ke dalam mulutnya.

Maka sudah sewajibnya orang tua harus berhati-hati  pada sang buah hati agar kejadian yang malang ini tidak berlaku kepada anak merek seperti yang terjadi oleh Rhea Jane.

Akibat dari benda yang ditelannya itu, Rhea kesukaran bernafas.

Kejadian itu bermula ketika neneknya sedang mencari cucunya itu. Sementara, ibunya sedang nyenyak tidur.

Rhea diletakkan di dalam kereta sorong dan neneknya beranggapan bayi tersebut tidak akan dapat mencapai barangan.

Tapi siapa sangka, Rhea masih boleh mengambil tutup botol air mineral bersaiz satu liter. Padahal, ketika itu neneknya tidak melihat ada benda itu di sekitar Rhea tidur.
SEDIH!!! Bayi 8 Bulan Menangis Hingga Akhirnya Meninggal dunia… Apa Yang ditemui Ibunya Memang Mengejutkan!!
Ketika mendengar Rhea menangis, ibu dan nenek ini terus menghampirinya. Mereka melihat Rhea meronta sambil menangis kuat. Mereka menyedari bahawa ada sesuatu di dalam mulutnya.

Pada masa itu, ibu Rhea berjaya mengeluarkan tutup botol minuman tersebut dari dalam mulutnya. Tapi sayang sekali, segalanya sudah terlambat.

Rhea akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.

Ramai netizen yang memberikan doa dan simpati pada ibunya.

Tidak kurang juga ada netizen yang memberi komen supaya ibu bapa harus lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak mereka.

Lebih-lebih lagi jauhkan bayi dari barang-barang yang boleh berisiko membuat anaknya di dalam bahaya. Menurut ibunya, Rhea merupakan bayi yang ceria dan cergas.

Selain membuat orang tua senang, Rhea juga seringkali membuat saudara dan sanak keluarga menjadi terhibur dengan tingkah lakunya.

20 FOTO Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan yang selama ini DIRAHSIAKAN. Mengalir Air Mata Rakyat Tengok YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini.

Pepatah menyebut ‘Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat, raja yg zalim lagi keji raja dibenci.’ Peribahasa ni aku dah ubah.

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi kesayangan rakyat….siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. “Hadoo aku kesahh?” Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni).

Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.

Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati……. iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.

………..banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni…selain rajin imamkan solat…baginda jugak rajin melawat rakyat²nya…..sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan………….!
.

Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini…penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.

Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969…..wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. Baginda menukarkan laungan “Daulat tuanku” kepada “Allahuakbar” supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.

(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warakmesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. – Ayat perenggan ni aku petik dari http://perakan.org.my/v2/?p=2001.


Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah…raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni…..ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover – malas). Jangan tiru sifat ini…….

Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid

Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.

Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. “Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.” Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana.

Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir

AWAS BAHAYA GUNA BOTOL SUSU LEBIH DARI 3 BULAN.. INI AKIBATNYA.. 1X ANDA BAGI DAN SEBAR MUNGKIN DADAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YANG TIDAK TAHU TENTANG INI

 

Ditulis oleh Maya Darwish

Mahal macam mana pun botol, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan (kecuali belum digunakan).

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat,
 

“Eh? Berapa lama eh boleh tahan botol susu ni? Takkanlah selama-lamanya pula?”

Pernah tak terfikir perkara yang sama? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita itu? Apa kesan sampingannya juga menggunakan botol susu yang terlampau lama kepada anak? Tahu tak?

Rupa-rupanya, bahaya guna botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free itu, paling maksimum pun 6 bulan sahaja tempoh penggunaannya.

Apa itu Bisfenol A (BPA)?

Bisfenol A (BPA) ini bahaya terhadap keluarga kita khususnya bayi. BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna. Antaranya:

Botol susu bayi
Botol air mineral
Bekas makanan
Teether bayi

Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Jangka Hayat Botol Susu

Jika botol susu ada BPA, jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang. Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.

Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:

Baligh awal
Kanser payudara
Kanser prostat
Penyakit jantung
Obesiti
Kencing manis
Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon!

Faktor pengaruhi larut resap BPA ke dalam makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya:
Kepanasan (api/matahari)
Calar
Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Tips Mengelakkan BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini. Tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan microwave ataupun direbus.
Kurangkan pengambilan makanan dalam tin. Pilihyang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilihlah dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan plastik daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan dan minuman panas.
Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adaah polikarbonat (elakkan kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
Jika mahu membungkus sup atau air panas dair penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik.
Jangan biarkan air dalam botol dan berjemur di dalam kereta yang kemudian diminum.

Tips elak BPA pada botol susu anak anda

Gunakan botol susu daripada kaca atau stanless steel. Ianya tahan lama dan tidak perlu risau tentang BPA atau boleh gunakan juga botol plastik yang bebas BPA. Tetapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan. Elakkan menggunakan botol polikarbonat.
Jika anda menggunakan botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak di dalamnya.
Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span. Bukan guna berus sawai untuk untuk basuh botol bayi.
Gunakan Sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda

Bila botol anak perlu ditukar segera?

1. Kesan calar pada botol

Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2. Sterilizer

Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

3. Warna botol

Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.

4. Bau

Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.

5. Sabun Pencuci Botol

Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.

Sekarang sudah tahu kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang. – Maya Darwish